Pagi itu seperti biasa meng'online'kan diri di FB.Banyak pula notification kat FB.Seperti biasa Komen di jawab satu persatu.Tak lama selepas itu ada pula massage di inboxnya.Dibaca private massage itu dengan bersahaja.
"Assalamualaikum WBT...Alhamdulillah,online juga saudari akhirnya.saye dah lama perhatikan saudari.Suke dengan post2 islamik saudari.Teringin nak berkenalan & mengenali diri saudari.Janganlah saudari salah sangka,saya berniat baik.Lagipun saye ni Ustaz...Tengok kat wall saya,semua post2 islamik tak ada yg post bukan2. Harap sudilah menjadi kekasih insani saya..."
Yang benar.
Ustaz FB
Tersenyum kecil diri ini.Kemudian tertawa kecil.
"Amboi,mentang-mentang ustaz kira paling terbaiklah.untunglah muka ensem tapi Kalau setakat Ustaz FB,jangan harap nak percaya.bukan nak mengata,tapi tak terbukti kesolehannya.Yang soleh pula tak semestinya ustaz.Dah tu,aku kat sini duk share ilmu aje,bukan nak mencari cinta."Katanya bermonolog sendiri.Dia seterusnya membuat post terbaru.
USTAZ FB bukan PILIHAN.USTAZ FANTASY pun bukan PILIHAN.USTAZ REALITY
yang tak jujur diri juga bukan PILIHAN.
# Kerana si SOLEH saya tak semestinya USTAZ. |
Dia mempost kata-kata itu dengan gambar yang di edit dengan teliti.Berdakwah di FB adalah salah satu tugasannya.Menulis adalah hobinya,dari zaman sekolah menengah itulah rutinnya.menulis & menulis...Bukanlah dia seorang yang baik.Tetapi sedang mencuba & belajar menjadi baik.Alhamdulillah,sahabatnya,pembaca di FB banyak yang berkongsi walaupun hanya namanya saja yang di kenali.
Status yang baru di post tadi sudah ada yang like.Ada juga yang komen.Termasuklah si Ustaz FB.
komen si USTAZ FB."Untunglah.."
Tiba-tiba handphone murahnya tiba-tiba berbunyi.Ada massage masuk.
"Assalamualaikum WBT...Udah-udahlah online tu.Abang dah lama tunggu kat bawah ni.kata nak pergi rumah anak yatim..."SMS dari Abangnya.
Satu-satu abang yang dekat dengannya.Adik beradik di sini hanya berdua.Yang lain semuanya jauh.Tinggal pula berjauhan dari Ibu Ayah,hanya Abang ngah ini sajalah tempat bermanja.Minta tolong itu & ini.
Diri ini menepuk dahi.Terlupa janjilah pulak.dia terus me'reply' massage
"Waalaikumussalam WBT...Alamak,sorry abg.kejap eah.mcm tahu-tahu je eahh ni tengah online..hihi.."Massage di kirim.
Selepas mematikan komputer dan bergegas turun.Dilihat si Abang yang di kasihi sedang berdiri di pintu kereta menanti adiknya itu.Sambil memakai kasut dan menyoal si abang.
"Sorry la lambat sikit..hehe macamana abang tahu NIA tengah online.abang ada FB ke?haha.."sambil tertawa mengejek.ngeeee..
Setahu dia abangnya itu tak tahu menahu tentang dunia FB ni.Nak guna lappy pun selalu dia yang bantu.Application dekat handphone pun banyak dia tak reti.
Si Abang masih berdiri di dekat pintu kereta.Kemudian bersuara.Selamba.
"Mestilah abang tahu.Abangkan....USTAZ FB."Akhirnya tawa si abang pecah berderai..hahahaha..Si abang segera masuk ke dalam kereta & menutup pintu.
Diri ini membeliakkan mata.
"Abanggggg......siaplah nanti."Dia berlari kecil masuk ke dalam kereta & mencubit lengan abangnya yang bergelar USTAZ FB itu..haha
Terkena akhirnya dia.
smber: kalam bidadari
No comments:
Post a Comment