Teori Cinta: Makna Cinta Kita.
'Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan,' [68:1]
Dengan nama Tuhanku, aku menulis.
Bismillahirahmanirohim…Assalamualaikum..
Dipetik dari kata-kata ustazah Fatimah Syarha,
Alhamdulillah, banyak benda yang boleh di share. InsyaAllah, akan cuba berkongsi sebaik mungkin. :)
Slot 1 [Apa Itu Cinta?]
Ada banyak sangat definisi cinta. Sebab cinta adalah sesuatu yang melibatkan perasaan.Perasaan takkan dapat digambarkan dengan kata-kata, melainkan kita sendiri yang merasakannya. Bak kata orang kampung,
'You'll never understand it until you feel it'
Ustazah berkongsi beberapa definisi cinta oleh beberapa tokoh ilmuan.
Abdullah Nasih U'lwan
Pernah tak, mengalami situasi di mana korang tiba-tiba saja berdebar-debar setiap kali ternampak seseorang tu. Seolah-olah, ada tarikan magnet pada dia yang buat korang rasa nak sorok muka dalam stoking setiap kali terserempak. Contoh, setiap kali korang naik LRT dekat Bangsar, korang mesti berdebar-debar bila nak beli tiket sebab abang jaga kaunter tu hensem sangat. Atau, dekat kolej, setiap kali korang terserempak dengan sorang mamat yang taklah hensem sangat, tapi sebab dia selalu jadi imam solat jemaah dekat surau, korang akan berdebar-debar. Korang pon mula tertanya-tanya, 'adakah ini cinta?' Haaa. Pernah tak?
*ini contoh ye, takde kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. -.-*
Bak kata Abdullah Nasih U'lwan ni, cinta itu bermaksud 'kecenderungan kepada sesuatu'. Macam contoh di atas, tiba-tiba jek berdebar-debar bila jumpa dengan certain orang. Dan tambahnya lagi, ia adalah fitrah yang ada pada semua makhluk Allah. Jangan rasa tak normal bila kita tiba-tiba rasa macam tu.
Fitrah ni ada pada semua. Tak kisahlah dia Hindustan ke, Pakistan ke atau Orang Utan sekalipun, dia pasti ada kecenderungan kepada berlainan jantina ini.
Ibnu Qayyim
Ibnu Qayyim pernah mengumpulkan pendapat ramai orang tentang apa itu cinta. Dan, dia telah menyimpulkan makna cinta itu kepada 60 istilah. Haaa, nampak kan Betapa susahnya nak gambarkan sesuatu yang berbentuk perasaan dalam bentuk ayat. Bermacam-macam pendapat ada.
Lagi, daripada 60 istilah ni, Ibnu Qayyim kategorikan mereka kepada 3 kategori.
* Cinta itu ibarat SINGA DAN PEDANG. Yakni, cinta ini menjadikan kita kuat. Dan, cinta ini diberi pada yang selayaknya. Sudah tentu, cinta yang begini hanya dapat diberi kepada pencipta cinta, Allah.
* Cinta itu ibarat BENCANA BESAR. Cinta yang begini memang banyakkkkkk sangat zaman sekarang ni. Cinta yang disalurkan pada tempat yang salah. Kesannya, kaya syarikat surat khabar dengan berita buang bayi etc.
* Cinta itu ibarat ARAK YANG MEMABUKKAN. Ni lah yang selalu kita dengar, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Asyik terkenang si dia saja. Sampaikan, lautan luas sanggup kurenangi demi untuk membuktikan cintaku padamu kekasihku. -.-
Haa, nak tau tak step-step zina. Macam kena panah petir jugaklah bila ustazah share benda ni kan. Hehs.
Step 1
'Hai awak, awak dah makan belum?' *senyum tersipu-sipu*
Step 2
'Sayang, dah mandi belum ni? Busukkkkkk! :p'
Step 3
'Mama, nanti kan, papa nak 10 orang anak tau. Hehehehehe.'
Step 4
'Papa tak sabar nak kahwin dengan mami. Kalau boleh sekarang jugak! *senyum teruja*
#Dan perbuatan yang mengundang laknat Allah pon berlaku dengan senangnya.
Ibnu Qayyim juga mengklasifikasikan cinta kepada 3 jenis.
1. Cinta kepada Allah.
2. Cinta Kerana Allah.
3. Cinta bersama Allah.
'Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab'
Kalau kita cinta dia sebab dia hensem, kalau tiba-tiba dia eksiden dan jadik cacat, sudah pasti cinta kita padanya akan hilang.
Kalau kita cinta dia sebab dia kaya, kalau tiba-tba dia bankrupt dan jadik miskin, sudah pasti cinta kita padanya akan hilang.
Begitulah manusia. Sebab tu, kita kena paham, kenapa kita cinta seseorang tu? Adakah kerana kelebihan yang ada padanya, atau kerana Tuhan yang menciptakannya? Seseorang akan menjadi 'hamba' kepada apa yang dicintainya. Kalaulah kita cinta seseorang, kerana kelebihan yang ada padanya, yang tak kekal, dan bukan kerana Tuhannya, agak-agak berbaloi ke kita jadi 'hamba'nya? Sanggup mengetepikan pandangan Tuhan kita semata-mata kerana seorang hamba yang hakikatnya juga bergantung pada Tuhan yang sama?
Abraham Maslow
Cinta itu satu keperluan. Semua orang perlukan cinta. Bukti paling jelas, kita masih lagi bernafas di muka bumi ini walaupun dosa kita terlampau banyak adalah kerana cinta Tuhan kita, Allah. Kalaulah Allah tu tak cintakan kita, nescaya Allah akan benamkan kita dalam bumi setiap kali kita melakukan dosa.
'Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah kapal-kapal (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. Jika dia menghendaki, Dia akan menghentikan angin, sehingga jadilah (kapal-kapal) itu terhenti di permukaan laut. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang selalu bersabar dan banyak bersyukur,atau (Dia akan) menghancurkan kapal-kapal itu kerana perbuatan (dosa) mereka, dan Dia memaafkan banyak (dari mereka),' [42:32-34]
Cukup 3 definasi cinta dari 3 orang tokoh.
Sekarang, cuba bayang, ada seorang lelaki yang sangat suka makan ikan kering. Ketaksubannya pada ikan kering membuatkan dia bertekad untuk makan 800 gram ikan kering sehari. Rasa-rasanya, apa bakal terjadi pada lelaki ini?
Betul! Comfirm lelaki ni selalu sakit sebab overdose ikan kering.
MAKAN - Makan juga adalah fitrah. Semua orang ada nafsu makan. Tapi, kalau kita tak kawal, maka jadilah kita seperti lelaki di atas.
Samalah seperti cinta. Cinta itu fitrah, tapi perlu dikawal. Fitrah itu ada peraturannya yang perlu kita patuhi supaya hidup kita tak haru biru. Allah yang jadikan cinta itu fitrah dalam diri semua makhluknya, mestilah cinta itu sesuatu yang baik. Tapi, kita perlu ikut peraturan! Sebab apa Allah tetapkan peraturan? Sebab Allah itu sangat sayangkan kita. Allah sendiri tak sanggup nak campak kita dalam api neraka.
'Tipu! Kalau Allah tu sayangkan kita, kenapa Allah ciptakan neraka untuk kita? Haa, jawab! jawab!'
*Tu dia bila ektremis berhujah.* -.-
Awak, Allah memang Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya. Tapi, jangan kita lupa, Allah itu juga Maha Adil. Takkanlah Allah nak masukkan mangsa rogol dengan si perogolnya dalam syurga sama-sama kottttt. Common sense heh?
Teringat kisah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah. Rasanya tak perlu kot rakamkan balik apa dialog malam pertama diorang. Semua orang dah pernah dengar kan kisah diorang yang sweet tu? :P
Tapi, nak sentuh dekat sini, walaupun Saidina Ali dan Saidatina Fatimah sudah saling mencintai satu sama lain sebelum mereka nikah lagi, pernah Ali ajak Fatimah dating bawah pokok kurma sebab nak buktikan cintanya? Atau ada Ali dengan Fatimah pergi bersiar-siar di padang pasir sambil rempit bawak unta? Tak! Ali dengan Fatimah senyap jek. Sampaikan walaupun Abu Bakar dan Umar pinang Fatimah pon, ingat Ali tak cuak ke? Tapi, ada Ali ajak Fatimah kahwin lari dekat Siam? Takde. Tapi, jodoh akhirnya yang menyatukan mereka berdua. Yang ni barulah sweet. Hehs.
Tanyalah hati kita, siapa yang paling memberi pengaruh di hati kita?
'Lagi teruja nak bukak al-quran ke lagi teruja nak bukak facebook?'
Jodoh, tetap atau berubah?
Hakikatnya Allah sudah tahu siapa yang akan jadi pasangan kita, sudah tertulis di Loh Mahfuz. Tapi, 'bagaimana' dia bergantung pada 'bagaimana' kita.
Tak berani nak ulas paanjang pasal jodoh ni sebab bak kata ustazah, benda ni pening dan complicated. Cuma yang penting, kita kena yakin dan percaya bahawa, segala ketetapan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.
Slot 2 [Pencemaran Cinta]
Jom cek kondisi hati kita. Yang mana satu hati kita? Ada 3 tahap hati.
* Hati yang sihat.
* Hati yang 'biasa' dengan dosa. Biasa buat dosa tapi kadang-kadang rasa bersalahlah jugak.
* Hati yang 'seronok' dengan dosa. Buat dosa pon tak rasa apa-apa. Baca al-quran pon tak lembut hati.
Sekarang bayang, ada 2 ekor binatang. Beruang & nyamuk. Agak-agak, kalaulah kedua-dua binatang ni muncul depan kita, yang mana satu yang kita takut dan lari?
Beruang bukan? Betul. Sebab beruang besar dan kita nampak akibat yang bakal berlaku kalau kita tak lari. Sekadar nyamuk, elehhh, tepuk sudah kan? Tak macho gilos nak lari jumpa nyamuk.
Samalah seperti zina. Zina itu ibaratnya seperti beruang. Kita nampak dengan jelas apa akibat kalau kita berzina. Dan, semua orang memang akan mengelakkan diri dari berzina. Betul?
Nyamuk pula seperti apa? Haaaa! Sekarang bersedia untuk kena panah petir. Nyamuk itu bolehlah diibaratkan sebagai perkara-perkara kecil yang kita pandang remeh, kita pandang biasa, kita pandang macam takde effect apa-apa. SMS, sweet-sweet, caring-caring, suap-suap, pegang tangan, tangkap gambar sama-sama, sembang-sembang, etc. Benda ni nampak kecik, tapi hakikatnya kesannya lagi bahaya. Macam nyamuk. Walaupun ia kecik, tapi kita tengok berapa ramai mati sebab penyakit yang nyamuk bawak kan? Beruang? Jarang kita dengar orang mati sebab beruang. Kan kan?
'Muhasabah ikhtilatmu sebelum dan selepas nikah'
Kalau setiap hari kita makan chicken chop selama setahun, dan tiba-tiba satu hari kawan kita ajak kita ke satu event yang dia cakap ada chicken chop, adakah kita akan berasa teruja untuk pergi? Berbanding dengan event yang dia cakap ada nasi briyani gam yang sedap sampai menjilat jari, sudah pasti kita lagi teruja nak pergi event kedua tu kan? Apatah lagi kita tak pernah rasa nasi briyani gam yang orang selalu bercakap tentangnya tu.
Samalah macam berkahwin. Kahwin tujuannya untuk menghalalkan perkara yang haram kita buat sebelum itu. Tapi, kalau sebelum kahwin pon kita dah rasa dan buat apa yang orang kahwin buat, pegang-pegang, rindu-rindu, sayang-sayang, nanti bila dah berkahwin nescaya keterujaannya tak seberapa. Bak kata ustazah, hilang debar.
'So, cinta ni salahlah?'
Seharusnya, kita mengambil kira 'hakikat di sebalik nama', bukan ambil kira 'nama'.
Hotdog - Anjing Panas. Haram ke makan? Dah namanya anjing?
Tak bukan? Sebab hakikatnya hotdog itu bukan dibuat dari isi anjing, tapi isi sesuatu yang halal. Samalah seperti cinta. Cinta itu hakikatnya suci, bersih. Tapi, perbuatan pasangan yang bercinta itu yang selalunya memberi gambara buruk pada cinta.
'Tapi, pada pandangan saya, setakat sms, atau belajar sama-sama dekat library dengan couple, tak salah kottt. Tak payah nak syadid sangatlah kannnnnn?'
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha,
'Kalau nanti rasa boleh jawab dengan Allah bila Allah persoalkan berkenaan perbuatan kita dengan couple kita tu, silalah teruskan perbuatan tu.'
'Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang 'bercinta sebelum kahwin', kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar.' [Sheikh Yusof al-Qardawi]
#Bermain 'pakwe makwe', bimbang cinta menyala-nyala di neraka.
Slot 3 [Cinta High Class]
Tips untuk mendirikan BaitulMuslim (BM), tunjukkan kematangan!
Apa itu cinta high class?
* Cinta yang mendaulatkan Allah no. 1. (hormat walinya)
* Cinta yang hanya kerana Allah yang Esa.
* Cinta yang diikuti dengan mujahadah melawan nafsu.
Biasa VS High Class
Nikah sebab terlanjur VS nikah sebab agama?
Nikah sebab sayang si dia VS nikah sebab sayang pada pencipta si dia?
Sheikh Yusof Al-Qardawi berkata, pernikahan yang baik adalah pernikahan yang tiada halangan dari;
* Kedua-dua pihak.
* Keluarga.
* Adat (yang tidak bertentangan dengan syarak)
* Undang-undang.
'Macam mana nak tahu dia jodoh kita ke tak?'
Couple - trial and error.
Kata mereka, perlu couple ni sebab nak tahu siapa yang layak jadik suami/isteri. Kata ustazah,
'Nak tahu dia adalah jodoh kita atau tak, lihat bagaimana cara dia menawarkan cintanya. Kalau caranya membawa murka Allah, jangan bersedih kehilangan dia.'
Sangat penting untuk kita kenal pasangan kita sebelum nikah. Tapi, bagaimana caranya?
Haa, hantarlah spy. Hehs. Tanya sahabat yang rapat dengannya bagaimana 'dia'. Kalau perlu, stalk FB dia. Tengok dia jaga ikhtilat ke tak. -.- Tapi hanya selepas dia melamar dengan cara yang dicintai Allah. Dan, yang paling penting, istikharah.
Cabaran dalam rumah tangga.
Bila dah berumah-tangga, masalah pasti ada. Di saat itu, kita kena ingat satu benda. Kalau belum kahwin, tanamkan dalam diri kita mulai dari sekarang. Kita kena ingat, kita kahwin dengan manusia. Bukan robot, bukan nabi yang sempurna sifatnya. Manusia itu sifatnya ada masa dia kuat, ada masa dia lemah. Sebab tu sebagai pasangan, kita kenalah bersabar, dan support pasangan kita.
Kesimpulan
Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah. Mengapa perlu dikotorkan fitrah dengan fitnah?
'Jangan hitung berapa kali seseorang mengecewakan dan meninggalkan kamu. Tapi hitunglah berapa kali kamu mengecewakan Allah sedang Dia tak pernah sekalipun meninggalkan kamu.'
Bila aku boleh kahwin ni?
Bak kata ustazah, nak tahu bila kita dah boleh kahwin, tengok cara kita dengan roommate kita.
'Kalau dengan roommate kita masih tak dapat bertegur sapa,
kalau dengan roommate kita tak dapat pujuk,
kalau dengan roommate kita berbalah asyik nak menang jek,
kita TAK LAYAK lagi nak melangkah ke alam perkahwinan.'
Haa, down sekarang! :P
smber:
http://darimataerna.blogspot.com/2012/04/teori-cinta-makna-cinta-kita.html
No comments:
Post a Comment