“Dr. Farhan Hadi
& Ustazah Fatimah Syarha”,siapa yang tak kenal.. memang sah depa ni buta
novel. Hehe.. Pasangan ini merupakan pejuang novelis islamic di Malaysia.
Mari kita sama-sama menyelami Ulasan Cara Muslimah Mengenali Bakal Suami oleh
Ustazah Fatimah Syarha, seorang pendakwah dan penulis novel islamik popular.
Menurut kata
Ustazah Fatimah Syarha
“Siapa kata, tidak couple maka tidak kenal. Kami
dulu tidak couple, tetapi sebelum nikah kami kenal. Kenal yang bagaimana?
“Dengan sekeping biodata Dr Farhan Hadi (Suami
beliau), akak dapat tahu dia ini anak siapa, asal mana, course apa,
universiti apa, minat apa, suka makan apa, visi misi hidup dia, semua ada
dalam pada bioadata tersebut”
“Dalam masa 1 minit sahaja, akak dapat kenal dia”
|
Menurut kata
Imam Hassan Al-Banna
“Kalau kamu berkawan-kawan 20 tahun sekalipun, kamu
tidak akan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonannya”
|
Maka, adalah
lebih baik, bersegeralah dalam bernikah dengan pasangan untuk tujuan berkenalan
dengan sebenar-benarnya.
“Dalam
perkenalan, kita sebenarnya mengenal seorang lelaki, tetapi bukan seorang
suami. Dan jika kita berkenalan atau bercouple sebelum bernikah, syaitan akan
jadikan modal penting untuk merosakkan hubungan pasangan tersebut.
Tambahan pula
menurut kata Ustazah Fatimah Syarha lagi.
“Jika sebelum
bernikah dia berani SMS dengan adik, maka tidak hairanlah dia juga berani SMS
perempuan lain setelah bernikah dengan adik. Itulah azab curiga dan cemburu”.
“Selain itu,
jika adik bernikah dengan orang lain (bukan pasangan couple), adik akan
sentiasa membanding-bandingkan kekasih lama dengan suami setelah bernikah”
“Dulu kekasih
aku romantik je, tetapi suami aku sekarang tak romantik langsung”
Sebagai seorang
manusia, memang sukar untuk kita melupakan seseorang, akan tetapi manusia itu
sendiri perlu memilih jalan untuk melupakan kisah silamnya dengan berusaha
secara bersungguh-sungguh. Oleh kerana itulah kita perlu ada kenangan cinta
yang terpelihara. Iaitu, cinta selepas bernikah.
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit.- Blog Fatimah Syarha (Sebarkan Bahagia)
sumber:
No comments:
Post a Comment