Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirohim…hari ini saya terdetik hati untuk
mengisahkan tentang zaman sekarang banyak ang terikut-ikut dengan filem yang di
tanyangkan berkaitan islamik tetapi mengundang kepada cinta yang bukan membawa
kepada cinta sebenar cinta yang maha agung
Baru tengok cerita "Ketika Cinta Bertasbih"-->mulalah kononnya nak berjodoh dengan lelaki macam "Khairul Azzam" atau wanita seperti "Anna Althafhunnisa".-->Status dekat FB mulalah tentang cinta-cinta islamik-->Wallpaper dekat HP pun tukar pun macam tu jugak.-->bermulalah pencarian dekat FB & di mana pun-->Pencarian jodoh beraneka rupa tapi malangnya mereka ni terlupa sesuatu...
# Nak bertemu jodoh yang baik itu memang betul.tapi ingatlah,nak bertemu jodoh yang baik kena kita berusaha juga nak jadi baik.Jangan kita dambakan apa yang kita nampak saja,kenalpasti diri kita layakkah untuk mendapat seperti yang kita damba.Mencari pasangan hidup bukan macam kita beli gula kopi,nampak saja terus beli.Seorang lelaki/wanita yang berakal & beriman dia kena tahu menilai diri,sesuai ke tidak dengan diri.Kalau yang kita damba itu beramal & berakhlak mulia,tapi diri kita bagaimana?hensem & cantikkah amal & akhlak kita juga?Jangan bagi anak-anak kita rugi kerana miliki Ayah/Ibu yang kita pilih kerana Nafsu diri...Nak ada pasangan yang beriman ,berilmu & beramal kenalah mulakan dari diri sendiri...
# Selamat berjuang menyelamatkan "HATI"...
No comments:
Post a Comment