love



Ahlan Wa Sahlan

Saturday, 14 September 2013

SEPASANG MATA MENJADI HADIAH

~SEPASANG MATA MENJADI HADIAH.~





Di kota khurasan,ada seorang pemuda yg sangat kacak bernama Malik.Selain mempunyai wajah yg kacak,Malik juga terkenal dgn syairnya yg indah dan mengasyikkan.

Setiap hujung minggu Malik akan memperdengarkan syairnya di sebuah pasar di Khurasan.

Penduduk Khurasan tidak mengira usia akan memenuhi tempat Malik bersyair.Mereka sangat teruja dengan syairnya.

Pujian yg diterima oleh Malik drpd penduduk Khurasan menyebabkan timbulnya perasaan riak dan bangga dalam diri Malik.

Beliau hanya bergaul dan berkawan dengan golongan org kaya dan atasan sahaja.Beliau langsung tidak mempedulikan golongan miskin.

Pada suatu hari Malik ingin keluar ke kota Khurasan utk membeli- belah dan bersiar-siar.

Beliau menghias diri dgn memakai pakaian mahal dan cantik lalu keluar menuju ke kota.

Setiap org yg ditemuinya dlm perjalanan ke Khurasan akn memuji ketampanan Malik serta pakaiannya yg mahal dan cantik.

Ketika sdg berjalan di kota Khurasan ,tiba-tiba Malik terpandang seorang wanitayg sangat cantik.

Dia tidak pernah melihat wanita secantik itu seumur hidupnya.Hatinya sangat tertarik dan keayuan wanita itu.Beliau merasakan wanita cantik itu amat sesuai dgn dirinya yg tampan.

Malik mengambil keputusan utk mengekori wanita itu secara diam-diam.Wanita itu tidak menyedari yg dia diekori oleh Malik.Setiap kali wanita itu menoleh belakang,Malik akan segera bersembunyi di sebalik dinding.

Kemudian dia akn terus mengekori wanita itu.

Namun akhirnya wanita itu perasan juga yg dia diekori oleh Malik.Wanita itu terus berhenti dan menoleh ke belakang dan berkata,

"Wahai org yg mengekori aku,kenapa kamu mengekori seorang wanita sepertiku?Perbuatanmu itu salah.

Tidakkah kamu takut dgn dosa dan balasan Allah atas kelakuanmu itu?"

Malik langsung tidak mempedulikan nasihat wanita itu.Beliau bangga kerana wanita itu menyedari kehadirannya.

Pada fikirannya,wanita itu tentu akan berbangga kerana diekori oleh seorang lelaki yg paling tampan di Khurasan.

Malik terus mengekorinya lagi.

Apabila menyedari dirinya masih diekori,wanita itu terus berkata kepada Malik,"Apa yg kamu mahu drpd aku?Adakah kamu tertarik dgan pakaianku yg cantik atau adakah kamu tertarik dgan wajahku?

Jika disebabkan itu kamu mengekoriku,esok aku akan mengurungkan diriku di dalam rumah agar tidak timbul fitnah."

Malik tersenyum mendengarnya lantas menjawab,

''Wahai wanita yang cantik jelita,sebenarnya aku mengekorimu kerana aku amat tertarik dengan sepasang matamu yg sangat cantik.Tidak pernah aku melihat mata secantik itu.

Jika kamu tidak keberatan,izinkan aku merenung matamu yg cantik itu."

Mendengar kata-kata Malik,wanita itu membalas,

''Rupanya kamu tertarik dengan sepasang mataku ini.Kalau begitu kamu tunggu disini sebentar."

Wanita itu terus beredar meninggalkan Malik.Malik menyangka wanita itu sudah tertarik dengannya.Dia berasa sanggat gembira.

Tidak lama selepas itu,seorang wanita lain datang menemui Malik.Wanita itu memberikan sebuah kotak kecil kepada Malik.

''Tuan,ini adalah hadiah daripada wanita bermata cantik itu.Harap tuan gembira dengan pemberian ini."

"Malik mengambil kotak itu dan membukanya.Alangkah terkejutnya Malik apabila mendapati ada sepasang mata didalam kotak itu.

Hampir pengsan Malik dibuatnya.Dia bertanya kepada wanita itu,''Mata siapakah ini?Kenapa ia diberikan kepadaku?"
Wanita itu menjawab,
"sebenarnya tuan,mata itu adalah kepunyaan wanita cantik yg tuan ekori tadi.

Dia memberikan kepada tuan kerana takut matanya yg cantik itu membuat lelaki tertarik kepadanya dan lalai kepada Allah.Dia tidak mahu menanggung dosa itu.

Sekarang wanita itu sudah meninggal dunia.

Mendengar kata-kata wanita itu Malik mula berasa insaf.Malik terus menangis dan bertaubat.

Semenjak peristiwa itu,Malik berubah menjadi manusia yg taat dan kuat beribadah kepada Allah s.w.t.

MORAL=Sesungguhnya keindahan yang kekal abadi itu hanya di sisi Allah SWT.Dunia hanya persinggahan sementara maka manfaatkanlah hayat yang di pinjamkan ini untuk mencari keredhaan Allah swt dan jauhi laranganNYA...





Smber: diandra aisyah

No comments:

Post a Comment

emotinal quran