love



Ahlan Wa Sahlan

Tuesday, 17 September 2013

Ilmu Hitam Masih Lagi Wujud






Assalamualaikum...Bismillahirahmanirohim..


Hari ini saya tergerak hati nak tulis tentang ilmu hitam ini yang selama ini kita sangka hanya wujud dalam cerita dan movie sahaja, rupanya ianya still lagi wujud lgi pada zaman moden ini...

Hmmmm...

Kenapa ye..masih ada lagi manusia yang bermain dengan perkara syirik ini?
Ianya kerana sifat dengki dan tidak ingin melihat seseorang yang bahagia itu hidup bahagia...
Perkara ini berlaku terang-terangan kepada kawan saya..


Manusia yang bersifat dengki ini hanya mementingkan diri dan sanggup bermain dengan ilmu hitam ini dan sanggup menghantar ilmu hitam ini kepada orang yang mereka tidak suka hidup bahagia..
Contohnya menghantar pelesit, calit minyak, nasi kangkang dan sebagainya..

Baru-baru ini juga saya bermimpi ada orang yang tidak saya kenali, syukur alhamdulillah 
saya sempat bangun sebelum orang dalam mimpi itu berbuat apa-apa..


Kata kawan saya, jika bermimpi orang yang tidak dikenali dan ingin berbuat apa-apa..bersegeralah bangun kerana ada orang ingin menghantar benda kepada kita..
Nauzubillahimin zalim..


Sememangnya sukar untuk mempercayai perkara seperti ilmu hitam ini,
Seharusnya kita mempercayai kuasa Allah itu lebih besar dari semua ini tetapi bagaimanapun perkara ini wujud dan berlaku lagi pada zaman moden ini..

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan."

#Berdoa kepada Allah kerana Allah sahaja yang boleh menyembuhkan dan bertawakallah agar kita semua terhindar dari perkara syikir ini..Amin..

No comments:

Post a Comment

emotinal quran