cinta kepada manusia hanya lah sementara cinta kepada allah kekal selamanya Aku belajar... Sabar seperti Asiyah... Setia seperti Khadijah... Ikhlas seperti Maryam... Tabah seperti Fatimah... Cerdas seperti Aishah... Suci seperti Maryam... Apa yang dapat ku sampaikan adalah renungan buat kita bersama
Ahlan Wa Sahlan
Monday, 16 September 2013
Mahalnya Aurat Itu
Beli t-shirt lengan pendek, seluar jean baru RM30
sebab pakaian tak tutup aurat memang murah, semurah harga diri bila memakainya dan
sesenang menempah tiket ke neraka.
Beli baju labuh lengan panjang, handsock, stokin, tudung labuh, seluar longgar dekat RM100 lebih
sebab pakaian menutup aurat itu sangat mahal, semahal aurat yang dijaga seorang wanita bila memakainya dan
sesusah menempah tiket ke syurga Allah..
Subhanallah..
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namunpemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untukmengelakkan fitnah, sebaliknyamenambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian bolehmelindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date.
Peri hal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah S.W.T dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka;”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment