love



Ahlan Wa Sahlan

Saturday, 23 February 2013

Kekuatan Agama Islam

Agama Islam itu Indah


Salam ukhwah,
Islam itu indah, tiada agama lain yang boleh menandingi sucinya agama islam.

Orang-orang kafir memang benci dengan agama islam, mereka menyatakan islam sama sahaja dengan agama mereka dan tiada bezanya. Apa yang menyebabkan mereka berkata sedemikian?

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang pandangan orang-orang kafir terhadap agama islam.
Ikutilah kisah dibawah ini.. :)


Ada seorang perempuan islam yang menanyakan kepada kawannya seorang kafir

P: Kenapa kamu menyembah berhala?
    Tidakkah berhala itu hanyalah patung semata-mata dan tidak boleh membawa apa-apa kepada kita?

Kawanya si kafir itu pun menjawab

K: Agama kamu juga menyembah berhala.
     Kenapa kami tidak boleh pula.

Perempuan islam itu terkejut dengan kata-kata kawannya itu

P: Apa maksud kamu? Agama islam juga menyembah berhala?

K: Ya, agama kamu juga menyembah berhala. Maksud saya, orang islam juga menyembah berhala iaitu kaabah.

Astagfirullahalazim...Allah...

P: Orang islam bukan menyembah berhala (kaabah) tetapi kami semua umat islam mengikut arah kiblat, zaman dahulu umat islam mengikut arah kiblat iaitu di Madinah. Pada zaman Rasulullah, baginda telah membina kaabah dan menjadi tempat beribadat orang islam mengikut kiblat di Mekah pula.

K: Oh, begitu ke? Maafkan saya telah memburuk-burukan agama islam

P: Tidak mengapa, orang islam di ajar supaya mudah memaafkan orang lain.

K: Indah sungguh ya agama islam.

No comments:

Post a Comment

emotinal quran