love



Ahlan Wa Sahlan

Monday, 25 February 2013

BERSANGKA BAIK ITU, KUNCI SEBUAH IKATAN

Disaat anda tidak kuat lagi menempuh dugaan manusia


Bila Allah datangkan ujian. Pujuklah hati pujuklah iman.
Tanpa kecewa putus harapan. Setiap kesabaran ada ganjaran
Setiap pengorbanan ada keberhasilan..


Apabila ada insan yang membencimu atas kekurangan yang ada pada dirimu,
Maka BALASLAH ia dengan kasih sayang dan kemaafan..

"Daun yang jatuh tak pernah membenci angin. Dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja, 
tak melawan dan mengikhlaskan segalanya"

Ingatlah bahawa kita masih punya DIA (ALLAH)
yang selalu melindungi dan menyayangi kita.. 


Dan jangan kita berkecil hati jika tiada seorang pun yang faham dengan kita,
Kerana Allah faham dan tahu isi hati kita..

Dan jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,
Kerana tiada hakim sebaik Allah..


Disaat TIDAK ADA SEORANG PUN yang boleh kamu percaya untuk mendengar isi hatimu..
Disaat tidak ada yang mampu MENGHILANGKAN gelisah di hatimu..
Disaat bibirmu TIDAK MAMPU mengeluarkan kata-kata..

Maka, BERBICARALAH DALAM SUJUDMU
Berceritalah padaNya,
Allah yang akan menjadi PENDENGAR YANG SETIA untukmu..


No comments:

Post a Comment

emotinal quran