love



Ahlan Wa Sahlan

Friday, 22 February 2013

Puisi Langkah Berakhir




Jejak-jejak langkah ku bagaikan lambaran waktu,
Merungkai setiap detik perjalanan ku,
Diri ini lemah lagi jahil,
Meletakkan Allah pada setiap urat-urat diri,
Mengimipikan Syurga Firdausi,
Menginginkan keharuman bunga kasturi,
Melatih diri menjadi serikandi sejati,
Terus berjihad 'Fi Sabilillah' sebagai mujahidah solehah.


Pasir-pasir yang halus kini telah bertukar menjadi kasar,
Dek kerana pantai yang semakin tandus.
Langit memimpin Dzikir di hening malam,
Menuntun diri dalam Tahajud memunajad pada-Nya,
Bagi mencari keredhaan-Nya dengan bermuhasabah diri.
Angin-Angin mendesirkan Tasbih,
Bersama setiap kata-kata indah di mulut pori-pori ku,
Memuji indahnya pelangi yang terbit di angkasa yang bernausa agama.
Kerinduan berputik bagaikan musim bunga,
Pada DIA pencipta alam semesta,
Dari ufuk timur hingga ke barat,
Tetap di atas satu  cinta.


Terungkai ayat-ayat cinta,
Yang terbit dalam setiap baris kata-kata,
Dialah penentu segalanya,
Lidah yang keras kini dibasahi oleh Tahmid cinta,
Sebelum kelu tidak terungkap kata,
Hanya menanti Takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya,
Setiap jam, minit, saat, dan detik yang berlalu,
Dalam Luh Mahfuz,
Agar mendapat Khusnul Khatimah idaman setiap manusia.

Karya: Nadzirah Ishak
"sesungguhnya mengambil sesuatu tanpa memberitahu dikira mencuri"


No comments:

Post a Comment

emotinal quran