Assalamualaikum...
Hati wanita itu sungguh lembut dan mudah tersentuh
Ibarat span, span apabila terkena air mudah menyerap dan bila terlampau banyak sangat air yang terisi maka air melimpahlah ia mengalir..
Samalah seperti wanita yang mudah sangat tersentuh dan apabila terlampau ambil pot apa yang manusia katakan akan mengalirlah air matanya dengan sendiri..
Seperti saya..
Tarikh hikmat 10/ 02/ 2013...
Saya boleh terima akan kata-kata nasihat yang menghalang saya dari melakukan kejahatan tetapi saya amat tersentuh dengan kata-kata yang kononnya "nasihat" yang menghalang saya dari melakukan kebaikan..
Hmm..
Mulut manusia ni memang tidak boleh dijangkakan
Kadang pedas (mengata yang tak kena pada tempatnya), kadang manis (pujian ambil hati)
Pada tarikh itulah ada seorang hamba Allah yang telah membuatkan hati saya tidak dapat ditahan lagi dan pada tempat yang sama juga lah telah menitis air mata saya yang amat berharga.
Pada tarikh itu, sama bersama keluarga pergi ke majlis kenduri kahwin saudara saya. Di sana, saya ingatkan hendak berjumpa dengan saudara mara dari kampung, tapi malangnya pabila bertemu dengan saudara saya.. mereka tidak dapat menerima perubahan pada diri saya. Saya yang datang dengan berbaju kurung, bertudung labuh bawah dada, berstokin dan memakai sarung lengan dikatakan "mengapa tubuh berbalut-balut semua?". Saya menjawab "kenapa tak bolehkah?"...mereka dengan senangnya mengatakan "boleh, boleh belah". Tidakkah sesiapa yang berada disituasi saya merasakan yang sama?..
Mungkin hati manusia lain-lain, bagi saya ia amatlah sakitnya...
Ingatlah wahai manusia, hidup ini hanyalah sementara sahaja..
Tidak salah ingin melakukan perubahan dan kembali pada Allah walaupun tidak sempurna..
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Allah juga Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun
Sedangkan permintaan iblis yang paling engkar sekalipun Allah makbulkan
Inikan kita manusia biasa...
Wassalam..
No comments:
Post a Comment