HIDuP PENuH DuGAAN
hidup sememangnya tidak mudah untuk aku mendapatkan semua impian,
kerana setiap yang kita lalui pasti ada halangan di hadapan yang menanti..
biarlah aku sendiri mengira bintang dan mengikut aliran awan,
kerana hanya aku sendiri aku yang terlintas dibenak fikiran ku..
aku ingin terus pergi jauh, menjelajah bumi allah yang indah ini,
dan melihat keindahannya sendiri..
bukan mudah mengapai bintang di langit,
tinggi..tidak tergapai dek tangan..
aku tidak putus asa malah langsung tidak mahu mengalah dengan
nasib yang diatur kepada ku..
cinta..
hadir bagai hembusan angin yang menderu tetapi lembut
dan mendamaikan. ia tidak wujud di mata kasar..namun ia
boleh dirasai oleh naluri dan fitrah dalam diri manusia..
biar pun suara tidak menghuraikan, tetapi
mata dan hati bisa menghuraikan segalanya..
namun adakah pendam itu lebih baik baginya?
kerana dia mempunyai ego yang sangat tinggi,
pendirian yang tetap dan keras kepala..
apakah dengan cara begini dia boleh merasa tenang?
risiko untuk mencintai seseorang adalah amat tinggi,
namun aku hanya mampu memilih untuk lebih hidup sendiri
berbanding memberi hati kepada seseorang..
hati ini raja bagi diri manusia..
jika manusia gagal dalam mengawal hatinya
maka akan tidak tenteram lah dirinya..
hati hanya ada satu..
mata,telinga,tangan dan kaki ada dua..
jadi, jagalah hati yang satu itu dengan betul..
sekian - zira
No comments:
Post a Comment