Ciri-ciri anak nombor dua... =D
Assalamualaikum, urmm, mostly, anak kedua adalah anak yang paling lain dari lain-lain adik beradik. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, asal anak nombor dua je, mesti yang paling pelik. Dia la yang paling pelik. Dia lah yang paling terasing. Kadang-kadang, yang paling bermasalah pun dia. <<<YANG PALING BERMASALAH?? tataulahh kan, depends kat orang kot...hihihi, aku?? bukan type yang bawak masalah kot..hihihihi
Ok tajuk ni ade kaitan dengan aku sebenarnya...hoho, apa kata korang?? betol tak korang2 ni yang anak nombor dua ni berpewartakan seperti ini:
1.ANAK MANJA MAK/MAMA/UMMI/MUMMY DIA
Sikit2 ibu, sikit2 mak...[psstt, betol ke ni? hehh! manja tu betol kot, tapi bukan mengada okess] (~,~)
2. SEORANG YANG DEGIL
Anak kedua dikatakan degil, keras kepala dan tidak mahu mendengar kata semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGAK .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..<< ini yang di share oleh Farah
Bagaimana pula dengan apa yang di share oleh The Other Khairul? hehe..>>>ANAK BONGSU NI DEGIL..Hah. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, kalau anak bongsu dalam adik beradik yang ramai, mesti degil dan manja (Perempuan). Apa yang dia nak, mesti dia nak dapatkan juga. Kebanyakkannya buat something based on perasaan. So, ada certain keputusan tu, dia akan buat masa dia dalam mood tertentu. So faham-faham lah. Bila tengah marah akan kasi keputusan macam mana. Bila happy akan cakap macam mana kan?
Hahaha, aku rasa anak bongsu yang selalunya degil, aku dulu2 time muda2 adelah degil skit biasalah muda remaja lagi kan...muehihihi, tapi sekarang OK je kot...haaahaha siapalah aku nak menilai diri ini...tapi insyaAllah aku tau siapa aku...muahahahhahaa
3. TAK PANDAI MEMUJUK
Tak digoyahkan anak nombor dua…. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban tapi dia tak pandai pujuk boyfie/gurfie dia... <<< XD kahkahh, yang ni macam betol je....aku memang tak pandai memujuk, most of the time aku lebih suka memberikan respond "angguk2, geleng2, owhh camtu ke" hohohohohoho!!!
4. HATI LEMBUT
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka <<< hohoho, tak dinafikan aku adelah seorang yang berhati lembut...mungkin juga sebab aku adelah cewek...hihihi...memang patah seribu sebenarnya kalau orang perli2 ke kutuk2 ke ape, tapi aku lebih suka simpan sendiri2 dan carilah port mana2 nak nangis........>.< ....ahaks...cuma kekadang je bila rasa perlu aku akan story kat membe aku....hehhee
5. BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..Tapi mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.<<<< hoho, yang ni macam betol je tapi aku bukan jenis kaki suka ambil port or suka mengongkong sampai ke tahap macam ni>>>>( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ... aku lebih suka layan dunia aku sendiri KECUALI, ada sesuatu hal yang memang wajib bagi aku untuk ambil port, so aku memang 99.99% melibatkan diri...muaahahahahahhh
6. TAPI PAYAH NAK TERIMA ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri... << apa kata korang wahai anak nombor dua?? hihihi, betol eyhh korang ni tak boleh terima arahan?? hahha...mungkin sebab tu bos2 di luar sana anak nombor dua?? XD...muahahhaa....eyhh jap2, tapi kita boleh tau kerja dengan orang, kalau tak macam mana kita nak jadi bos??... hihihihi
7. PEMAAF & CARING
Tak dinafikan nombor dua ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham-faham sajer lah.... <<< woott woot!! terasa tau kita...muehhehehe....
8. PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas….TAK dapat merasa kita nk up to date<<< OK ni tipu!! muahahha, aku kalau up to date ke down to date ke, kalau dah cantik kat aku yang tu lah aku pakai...nak kemas tu ye kot...muehehhehe
No comments:
Post a Comment