love



Ahlan Wa Sahlan

Saturday, 28 December 2013

AnAK B0ngSu...Karakter K0rang?


assalamualaikum, bismillah..

hari ni nak cerita sikit pasal anak bongsu..

sape yang anak bongsu antara korang semua?

haa..anak bongsu ni bukan setakat manja sahaja tetapi banyak lagi kelebihan diorang taw..

kt sni da la sedikit fakta mengenai anak bongsu seperti aku...hehe

aku pun anak bongsu gak..huhu


Daripada Sumber Forum:

Mereka ini sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahu orang lain mengikut kehendak mereka sahaja.

Mereka juga memerlukan orang lain untuk melakukan apa sahaja dalam hidup.

Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercayaan ibubapa terhadap mereka.

Biarpun mereka berjaya namun sikap ibubapa itu sendiri membuatkan hidup mereka terbatas.

Mungkin ibubapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan selama-lamanya buat mereka.



Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.



anak bongsu ini juga, banyak perwatakan yang ank sulung or tengah akan kata "hmm..yela tuu.."

1. dia bukan idola..kenapa?

- sebab anak bongsu ni tiada adik lagi dibawah mereka untuk mereka berikan tunjuk ajar seperti anak sulung dan tengah yang selalu menjadi contoh kepada anak bongsu ni..

2. degil..suka membantah

- sebab mereka ni tak suka dengar cakap orang..suka ikut kata sendiri je...

3. lonely...

- kenapa lonely? sedangkan mereka manja dan selalu sangat orang kata rapat dengan ibubapa..tidak sama sekali..mereka ini lah yang paling lonely..

sindrom biasa yang dialami oleh setiap anak bongsu di dunia iaitu Over-speed Pre-Mature, ataupun tempoh pra-matang yang pantas. Rata-rata anak bongsu lagi cepat matang kerana lebih cepat observe sendiri sesuatu. Disebabkan cepat matang ini lah membuatkan mereka berdikari sendiri dan mahu bebas dari keluarga seawal mungkin. contoh situasi yang mengatakan anak bongsu ini sebagai lonely adalah ketika bersama memang nampak macam dia yang lebih tetapi apabila akak dan abang dia dah berkahwin dan pergi asrama, tinggallah dia sesorang je...buat pulak keluarga sibuk bekerja..di situ kita boleh nampak yang mereka sebenarnya seorang yang lonely..



haaa...aq nak kongsi sikit dengan korang ciri-ciri fizikal aq dan perwatakan aq:

Dari Segi Fizikal:

-Bertubuh Sederhana

Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat tetapi selalu kurang berfikir panjang sebelum melakukan suatu tindakan. Sensitif, mudah marah dan inginkan kesempurnaaan.

Dari Tarikh Lahir

- Bulan1,3,5,6,7,10,12
Tenang ,mudah bertolak ansur dan mudah diajak berbincang.

Dari Segi Warna

- Hijau
Menyukai alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis dan banyak idea.

- Putih
Optimis, sabar, baik sangka baik dan suka kedamaian.

- Merah Jambu
Penyayang, bersungguh-bersungguh dan punya keinginan tinggi.

Urutan Dalam Keluarga

- Anak bongsu
Berani ambil risiko, bertolak ansur dan peramah serta kreatif


dan lagi 1, aq paling suka dengan apa yang dikatakan dalam cerita movie filem "i'm not single"..haha..sebab dalam 1 part tuu da lelaki tuu bagi tahu apa ciri-ciri isteri dia..dalam part tuu sama sangat dengan karakter aq..huhu..
-suka letak barang merata-rata



Ciri-ciri Anak Lelaki Yang Sesuai Anda Kahwini


Assalamualaikum, bismillah...




Hellow gadis-gadis dan jejaka-jejaka yang tak kahwin-kahwin lagi. What's up?


Seperti yang kita tahu, statistik mengatakan yang 2.5 juta rakyat Malaysia yang berumur 25 tahun dan ke atas tak kahwin-kahwin lagi. Aku tak tahu lah kenapa dieorang tak kahwin lagi. Adakah sebab dieorang (or, korang) tak laku? Or maybe korang tak kahwin-kahwin lagi sebab tak reti memasak dan malas untuk kemas rumah?


Lagi pun, mesti ada punya orang yang tanya "Weh, kenapa kau tak kahwin lagi?" Then dengan bangganya korang jawab. Sebab Tuhan nak save aku for the best. Eley. Padahal bangun tengah hari, sampai ke petang baring sambil layan sinetron Indon, kain baju pun emak yang basuhkan. Pastu berharap ada orang nak datang meminang. Puhhh-lis.


And. Oh Oh. I know. I know. Korang tak kahwin sebab sebab still berharap kat boyfriend korang yang kasi harapan palsu padahal si boyfriend dah plan nak kahwin dengan perempuan lain dah kan? Alalala. Keciannya. :( And and and. Tak kurang juga bilangan gadis-gadis di Malaysia tak kahwin-kahwin lagi sebab masih menunggu Mr Perfect yang tak wujud datang meminang. Mana tak nya. Nak cari lelaki kelakar macam Ustaz Azhar, handsome macam Ustaz Don dan suara mengasyikkan macam Maher Zain.

And yes, bila sampai satu tahap yang korang tak laku, mesti korang akan suruh mak ayah carikan bakal suami kan? Begitu juga dengan pihak lelaki kan? Ada je sebenarnya si lelaki yang suruh si emak yang carikan bakal isteri. And si emak pula, mesti nak cari yang comel-comel. Kalau tak comel, si anak lelaki tu sure reject. Iye lah, nama pun gadis comel. Marah ke, menangis ke, membebel ke, still nampak comel. So kalau selepas kahwin nanti, tak bahagia pun tak apa asalkan dapat tidur dengan gadis comel ye tak?


And... Aku ada seorang kawan ni. Dulu masa kakak dia nak kahwin, dia ada bagi tahu yang kakak dia dah penat bercinta lama-lama. Sebab last-last, putus jugak. So, senang cerita, kakak dia kenal seorang mamat ni dalam beberapa bulan je. Lepas tu, terus kahwin. Which means, dia setuju untuk kahwin dengan seorang lelaki yang dia baru je kenal. Risky is not it?


Well. Here is the thing. Masa korang nak pick pasangan korang tu, isthikarah tu adalah mesti (Aku baca Majalah Solusi, katanya 3 kali istikharah at least). And then, korang kena juga lah tengok latar belakang dia. Maklum lah, korang kan baru kenal. Standard la bila baru kenal tu, semuanya nampak perfect. Bakal suami korang tu lah Maher Zain. Bakal suami korang tu lah Ustaz Don. Bakal suami korang tu lah Aaron Aziz. Tapi bila dah masuk alam perkahwinan, hah. Tu la suami paling pemalas. Tegur sikit, melenting macam orang gila.

Lelaki sulung
Kalau korang layan drama-drama melayu yang membosankan, korang akan perasan yang anak pertama yang sesebuah family tu dapat mesti periang. And then, bila dapat je anak kedua, mesti akan ada babak anak pertama jealous sebab parents asyik melayan baby yang baru lahir (Anak ke dua) kan? Dan situasi ini akan melahirkan perangai anak sulung yang tipikal. Tipikal anak sulung adalah...


Mudah Marah - Macam yang aku pernah bagi tahu kat Twitter, most (aku ulang, MOST) of lelaki yang anak sulung adalah panas baran. Kalau dalam sehari-harian, mood dia okay je. Tapi kalau once ada orang start buat pasal, laju je dia naik berserk dan buat rampage. Tapi jangan salah faham. Bila cakap pasal mudah marah, tak bermaksud dia akan pukul isteri. Tak mustahil yang most of anak sulung adalah tegas semata-mata. Tapi bila untuk certain people yang panas baran, memukul isteri adalah kebiasaan. Dengan kata lain, kalau sebelum kahwin dia dah maki hamun or pukul korang, better jangan kahwin dengan dia.


Pendapat dia je nak kena betul. - Ianya agak hard untuk argue dengan lelaki yang style macam ni. Kalau korang betul macam mana sekali pun, dia akan twist supaya dia menang dalam argument. Lelaki macam ni sesuai jadi lawyer.


High confident - Gonna be a good leader - Ni adalah antara part yang bagus dengan anak sulung. Dalam banyak-banyak ciri-ciri lelaki idaman, good leader adalah soooo charming di mata gadis. Nak-nak kalau si lelaki tu boleh bagi arahan kat orang bawahan dia dan orang bawahan dia respect. Most of anak sulung earn the respect disebabkan oleh ketegasan diri dia.

So, jikalau anda (perempuan) nak mengahwini lelaki yang anak sulung, pastikan korang check dulu perangai dia macam mana. Bukan je check perangai dia. Perangai korang pun kena check. Kalau si dia tu panas baran and korang pun jenis degil nak mampus, aku suggestkan korang make a pact and discuss about it. Make sure salah seorang antara korang boleh bertolak ansur.




Anak Bongsu.
Anak bongsu... Anak bongsu... Hm... *Geleng-geleng kepala*. Ramai kawan-kawan aku sebenarnya anak bongsu. Samaada lelaki ataupun perempuan, perangai anak bongsu memang tak jauh beza lebih-lebih lagi kalau yang anak bongsu tu ada ramai adik beradik.


Degil
Hah. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, kalau anak bongsu dalam adik beradik yang ramai, mesti degil dan manja (Perempuan). Apa yang dia nak, mesti dia nak dapatkan juga. Kuat nangis pun betul juga. Untuk perempuan tak apa. Tapi kalau untuk lelaki.... Hmm. *Geleng kepala lagi*


Susah untuk buat keputusan / Banyak buat keputusan yang silap.
Anak bongsu samaada lelaki or perempuan, kebanyakkannya buat something based on perasaan. So, ada certain keputusan tu, dia akan buat masa dia dalam mood tertentu. So faham-faham lah. Bila tengah marah akan kasi keputusan macam mana. Bila happy akan cakap macam mana kan?


#Jarang sebenarnya anak bongsu akan berkahwin dengan anak bongsu juga. Jarang. Biasanya, anak tengah akan berkahwin dengan anak tengah. Anak sulung akan berkahwin dengan anak bongsu. Tapi tak bermaksud anak bongsu tak boleh kahwin dengan anak bongsu. Dan, anak perempuan bongsu biasanya amat comel berbanding dari adik beradik yang lain. 


Anak Nombor Dua


Mostly, anak kedua adalah anak yang paling lain dari lain-lain adik beradik. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, asal anak nombor dua je, mesti yang paling pelik. Dia la yang paling pelik. Dia lah yang paling terasing. Kadang-kadang, yang paling bermasalah pun dia.


Dalam banyak-banyak list ciri-ciri anak kedua yang dia nyatakan, aku amat tertarik bila dia kata:


Tak Pandai Pujuk

Memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

Wait. Whatttt? Anak kedua memang tak pandai pujuk kekasih? Oh come ne. Puhlis lah. Okay fine anak kedua maybe memang tak pandai memujuk. A lovely girl once told me yang aku punya skill memujuk adalah 0 bintang. Tapi tapi tapi... Erm.. itu bukan bermaksud aku tak pandai memujuk sebab aku anak kedua. Ianya maybe sebab... Erm.. Erm.. I nonid to give any reason okay?.


Setia.
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban

CIrI ANaK N0 DuA... Cam Aq kE?

Ciri-ciri anak nombor dua... =D



Assalamualaikum, urmm, mostly, anak kedua adalah anak yang paling lain dari lain-lain adik beradik. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, asal anak nombor dua je, mesti yang paling pelik. Dia la yang paling pelik. Dia lah yang paling terasing. Kadang-kadang, yang paling bermasalah pun dia. <<<YANG PALING BERMASALAH?? tataulahh kan, depends kat orang kot...hihihi, aku?? bukan type yang bawak masalah kot..hihihihi


Ok tajuk ni ade kaitan dengan aku sebenarnya...hoho, apa kata korang?? betol tak korang2 ni yang anak nombor dua ni berpewartakan seperti ini:






1.ANAK MANJA MAK/MAMA/UMMI/MUMMY DIA


Sikit2 ibu, sikit2 mak...[psstt, betol ke ni? hehh! manja tu betol kot, tapi bukan mengada okess] (~,~)


2. SEORANG YANG DEGIL


Anak kedua dikatakan degil, keras kepala dan tidak mahu mendengar kata semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGAK .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..<< ini yang di share oleh Farah




Bagaimana pula dengan apa yang di share oleh The Other Khairul? hehe..>>>ANAK BONGSU NI DEGIL..Hah. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, kalau anak bongsu dalam adik beradik yang ramai, mesti degil dan manja (Perempuan). Apa yang dia nak, mesti dia nak dapatkan juga. Kebanyakkannya buat something based on perasaan. So, ada certain keputusan tu, dia akan buat masa dia dalam mood tertentu. So faham-faham lah. Bila tengah marah akan kasi keputusan macam mana. Bila happy akan cakap macam mana kan?




Hahaha, aku rasa anak bongsu yang selalunya degil, aku dulu2 time muda2 adelah degil skit biasalah muda remaja lagi kan...muehihihi, tapi sekarang OK je kot...haaahaha siapalah aku nak menilai diri ini...tapi insyaAllah aku tau siapa aku...muahahahhahaa










3. TAK PANDAI MEMUJUK

Tak digoyahkan anak nombor dua…. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban tapi dia tak pandai pujuk boyfie/gurfie dia... <<< XD kahkahh, yang ni macam betol je....aku memang tak pandai memujuk, most of the time aku lebih suka memberikan respond "angguk2, geleng2, owhh camtu ke" hohohohohoho!!!




4. HATI LEMBUT 

No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka <<< hohoho, tak dinafikan aku adelah seorang yang berhati lembut...mungkin juga sebab aku adelah cewek...hihihi...memang patah seribu sebenarnya kalau orang perli2 ke kutuk2 ke ape, tapi aku lebih suka simpan sendiri2 dan carilah port mana2 nak nangis........>.< ....ahaks...cuma kekadang je bila rasa perlu aku akan story kat membe aku....hehhee






5. BERDIKARI


very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..Tapi mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.<<<< hoho, yang ni macam betol je tapi aku bukan jenis kaki suka ambil port or suka mengongkong sampai ke tahap macam ni>>>>( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ... aku lebih suka layan dunia aku sendiri KECUALI, ada sesuatu hal yang memang wajib bagi aku untuk ambil port, so aku memang 99.99% melibatkan diri...muaahahahahahhh



6. TAPI PAYAH NAK TERIMA ARAHAN

anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri... << apa kata korang wahai anak nombor dua?? hihihi, betol eyhh korang ni tak boleh terima arahan?? hahha...mungkin sebab tu bos2 di luar sana anak nombor dua?? XD...muahahhaa....eyhh jap2, tapi kita boleh tau kerja dengan orang, kalau tak macam mana kita nak jadi bos??... hihihihi



7. PEMAAF & CARING

Tak dinafikan nombor dua ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham-faham sajer lah.... <<< woott woot!! terasa tau kita...muehhehehe....

8. PAKAIAN

Nak ajer up to date…semua nak kemas….TAK dapat merasa kita nk up to date<<< OK ni tipu!! muahahha, aku kalau up to date ke down to date ke, kalau dah cantik kat aku yang tu lah aku pakai...nak kemas tu ye kot...muehehhehe

Bahasa Arab: Belajar Bersama

jOm belajar bahasa Arab.. ♥ 


Hadis:
Rasulullah SAW bersabda ..
"Cintailah orang Arab kerana tiga perkara : Kerana aku adalah orang Arab , al-Quran itu berbahasa Arab dan ucapan penduduk syurga adalah Bahasa Arab”. [HR. Hakim, Thabarani dan Baihaqi]



Oh ye , Tajuk kita hari ini berkaitan Bahasa Arab . ada yang Kata Bahasa Arab ialah Bahasa Syurga . Tapi bila bertanyakan kepada yang lebih Arif dalam perkara sebegini , mereka mengatakan bahawa Bahasa Arab merupakan Bahasa Syurga adalah satu hadith yang dhaif (lemah) . Kerana tiada nas dari al-Quran mahupun Hadith Nabi SAW mengenai bahasa yang digunakan pada hari kiamat atau pun di syurga . Waallahu'alam .

Walau bagaimana pun , Bahasa Arab adalah Bahasa termulia kerana bahasa arab adalah Bahasa al-Quran . Jadi tidak salah untuk Kita mempelajarinya . Lagipun bila kita faham dengan bahasa Arab , maka kita akan lebih mudah memahami ayat-2 Allah didalam al-Quran .

Mari Belajar Bersama .

Salam Ukhwah Fillah - salam persahabatan kerana Allah
Ukhuwwah Fillah abadan abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
Ukhti - kakak / saudara perempuan
Akhi - abang / saudara lelaki
Zauj - suami
Zaujah - isteri
Assif jiiddan - i'm really sorry
Syukran / afwan - terima kasih / sama-sama
Fa'iza 'azamta fatawakkal'alal lah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
Inni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
Mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dalam hati selain Allah
Lau samantha - excuse me
Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
Ilalliqa' - moga bertemu lagi
Syafakallah - semoga Allah menyembuhkan awak \buat Lelaki/
Syafakillah - semoga Allah menyembuhkan awak \buat Perempuan/
Taffadhol - silakan
La aadri - saya tak tahu
Ma fi musykilah - tiada masalah
Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
Bitaufiq wannajah Fil imtihan - semoga berjaya didalam peperiksaan
Jazakallahu khairan kathira - semoga Allah memberi/menambah kebaikkan yang bnyk kepadamu \buat Lelaki/
Jazakillahu khoiran kathira - Seperti diatas . \buat Perempuan/
Wanaa aydhan = Saya pun demikian

Anaa sa’iidun jiddan lima’rifatik = Senang sekali saya dapat berkenalan denganmu


wa ayna tadrus ? = Dan dimana kamu sekolah ?

Ana (nama anda) = Saya (Nama anda)
Ismii (nama anda), Waanta ? =Nama saya (nama anda), dan nama kamu ?
Masmuka ? = Siapa namamu ?
Bikhair Alhamdulillah = Alhamdulillah baik-baik saja
Kayfa haaluka/haluki ? = Apa Kabar ?
Atta`aaruf = Perkenalan
Saya rindukan awak = Ana musytaqun ilaik
Saya hendak belajar = Uridut ta'alum
Saya hendak pergi = Uriduz zahab
Saya sangat memerlukannya = Ahtaju ilaihi jidaan
Selepas= Ba'da
Sebelum = Qabla
Minggu hadapan = Usbu ‘ul qaadim
Minggu ini = Hazal usbu
Sebelum = Qabla
Cuba = Jarrib
Tolonglah kami = Saa'id na
Bersabarlah = ISbir

Ana ( أنا ) = saya
anta / anti ( أنت ) = awak lelaki / perempuan
huwa ( هو ) = dia
hum ( هم ) = mereka

haa za ( هذا ) = ini
tilka ( تلك ) = itu
contoh : haa za kitaabun هذا كتاب ( ini kitab )
tilka madrasatun تلك مدرسة ( itu sekolah )

ahlan wasahlan ( أهلا وسهلا ) = Selamat datang
ana masrurun jiddan ( أنا مسرور جدا ) = saya gembira sangat
ana uhibbuka / uhibbuki ( أنا احبك ) = saya sayang awak lelaki / perempuan
baa rakallahu fiik ( بارك الله فيك ) = Semoga Allah merahmati kamu
lau samahta ( لو سمحت ) = excuse me ^_^
saa mihni / a'fwaani ( سامحني / عفواني ) = maafkan saya
uriidu ( أريد ) = saya mahu
la uriidu ( لا أريد ) = saya tidak mahu

kaifa ( كيف ) = bagaimana
limaa za ( لماذا ) = kenapa
aina ( أين ) = dimana
hal ( هل ) = adakah
man ( من ) = siapa
na'am ( نعم ) = ya
la ( لا ) = tidak

Allahu Akbar = Allah Maha Besar
Alhamdulillah = Segala puji bagi Allah
Subhanallah = Maha Suci Allah
Astaghfirullah = Aku memohon keampunan Allah
Nau'zubillah = Kami berlindung dengan Allah


tambahan :
sudah, ke belum? = khalas aw laysa ba`d
duduk-duduk = julus
jalan-jalan = tamasy-syi
xde buat ape = la syai`
tahniah = mubarak


kopi = qahwah
teh = shay
susu = halib
coklat = shokolatah
roti = khubz
nasi = ruzz
air = ma'

percakapan perkenalan
Ismee ….. = nama saya
Maa Ismuka? =Apa nama anda?(lelaki)
Maa Ismuki? =Apa nama anda?(Perempuan)
Min ayna anta = Anda dari mana?(lelaki)
Min ayna anti = Anda dari mana?(perempuan)
Anaa min …. = Saya dari ….
Kam omruka? = Berapa umur anda?(lelaki)
Kam omruki? = Berapa umur anda?(Perempuan)
Omree ..sana = Saya berumur … tahun
Ayna A’maluka =Dimana anda berkerja?(lelaki)
Ayna A’maluki =Dimana anda berkerja?(Perempuan)
Ma huwa a’maluka =Apa pekerjaan kamu?(lelaki)
Ma huwa a’maluki =Apa pekerjaan kamu?(Perempuan)
A’malee huwa… = Pekerjaan saya ialah …
hal tatakallamu allughoh alarobiyah/alinjliziiyah? = apakah kamu berbahasa Arab/Inggris?

La, laisa huwa = Tidak, dia bukanlah
bal = tetapi, sesungguhnya


Mari Belajar Bahasa Arab

Ismi = Nama saya.
Kaifa Haluki?(Perempuan) & kaifa haluka?(Lelaki) = Apa khabar?
Sobakhul khair = Selamat pagi.
Masaul khair = Selamat petang.
Min aina anta(lelaki)/anti(perempuan)? = Awak dari mana?
Hayya ila = Mari kita pergi.
Ana ju'un wa 'atsyun = Saya lapar dan dahaga
La haya' fi talabal 'ilmi = Jangan malu dalam menuntut ilmu.
Man jadda wajada waman zara'a hasoda = Sesiapa yang bersungguh dia akan dapat dan siapa yang bercucuk tanam dia akan dapat hasilnya.
Ma indi nuqud = Saya tiada duitlah.
Limaza ta akh-khar ti? = Kenapa kamu lambat?
La hayak-hayak qittun = Jangan malu-malu kucing.
Mashghul(lelaki)/mashghulah(perempuan)  = Sibuk.
Qad intahal waqtu = Waktu dah tamat.
Hal anta tolibun? = Adakah kamu pelajar?
Uridu an uqabilak = Aku nak jumpa kamu.
Uridu an asalaka suaalan = Aku nak tanya kamu satu soalan.
Hiwar = Perbualan.
Askunu fil qariah = Saya tinggal di kampung.
Hiwayati qiraatal qisas hobi = Saya membaca buku cerita.
Walau kaana murran = Katakan yang benar walaupun ia pahit.
Ahabbunnasi ilayya = Orang2 yang ku sayangi.#
Khalas@qhalas = Habis.
Masmuk?  = Apa nama kamu?
Kam 'umruk? = Berapa umur kamu?
Aina tadrusiin(perempuan) /tadrus(lelaki) = Di mana kamu belajar?
Aina taskuniin(perempuan) /taskun(lelaki) = Di mana kamu tinggal?
Sollaita? = Kau dah solat?
Uhibbu = Saya suka.
Askunu = Saya tinggal.
Uridu = Saya mahu.
Abi-Ayah.
Ummi = Emak.
Abna' = Anak2 lelaki.
Banatun = Anak2 perempuan.
Almaidah = Meja hidangan.
Allahmu = Daging.
Alkhadrawat = Sayuran.

*************
Akhi - Abang.
Ukhti - Kakak.
Jaddun - Datuk.
Jaddatun - Nenek.
Sanah helwah - Selamat hari jadi.
Innallahhama'assoobirin - Sesungguhnya ALLAH bersama org yg sabar.
Samawat - Langit tertinggi.
Al ardh - Bumi.
Qamar - Bulan.
Najmun - Bintang.
Syamsun - Matahari.
Yadun - Tangan.
Al-harth - Sawah/tanaman.
Wardah - Ros/mawar.
Kaifa halukum? - Apa khabar semua?
Ana - Saya.
Antum - Kamu.
Nahnu - Kita.
Hum - Mereka.
mukhlis sadiqi - Sahabatku yang ikhlas.
Syukran jazilan - Terima kasih banyak banyak.
Hal anta mutabun? - Adakah kamu letih?
Hal turidu an tastarih? - Adakah kamu mahu rehat?
Li maza? - Kenapa?
Mumtaz, al'an ariftu kaifa tamkinatu fi asra'u waqtu - Molek benar, sekarang saya tahu bagaimana awak isi masa lapang.
Madrasah - Sekolah.
Wahisytini awi - Saya sangat rindukan awak.
Uhibbuki fillah - Saya sayang kamu kerana ALLAH.
Kuwais awi - Bagus sangt.
Kuwais - Bagus.
Awi - Sangat.
Tabduu jamiilan - Anda kelihatan cantik.
Albaitu baituk - Anggaplah mcm rumah sndiri.
Man athyabuk - Anda sungguh baik
Rihlah sa'iid  - Semoga selamat dalam perjalanan.
Allahu akrom - ALLAH Lebih Mulia.
Kullu sanah wa enta thoyyib - Semoga kamu sentiasa dalam keadaan baik.
Kulluna ya Rabb,wa enta thoyyib - Semoga kita semua,dan kamu juga begitu.
Khollik - tak apa.
Syukran - Terima kasih.
Rabbuna Yusahhi - Semoga tidak ada kesulitan.
Rabbuna Ma'ak - Semoga TUHAN bersama kamu.
Rabbuna Yukhollik - Semoga TUHAN menjagamu.
Bukrah - Esok.
Enhardah - Hari ini.
Embareh - Semalam.
Sawani - Tunggu.
Fi musykilah in dakum? - Kamu ada masalah?
A'la taakharkamsa? - Berapa lama dah?
Assa'ah - Satu jam
Alyaud - Satu tahun.
Al abad - Satu abad.
Hawali - Lebih kurang.
Ana muta'akhar - Saya lambat
Akalti? - Nak makan?
La'ah.ana syab'an - Tak nak.saya kenyang.
Tafaddal tisyrob - Jemput minum.
Bittaufi - Dengan petunjuk
Wannajah - Dan kejayaan.
Nauzubillahiminzalik - Kami memohon perlindungan Allah daripada perkara itu.
Uhibbu abawaini - Saya sayang ibu bapa saya.
Ahlan wasahlan - Selamat datang.
Ahlan biki/ bika hayya nabda' - Mari kita mulakan.
Ro'sun - Kepala.
Uzunun - Telinga.
Ainun - Mata.
Pnfun - Hidung.
Rijlun - Kaki.
Yaadun - Tangan.
Waraqah - Kertas.
Mirsamum - Pensel.
Qalamun - Pen.
Mimsahatun - Pemadam.
Mistorotun - Pembaris.
Kala mu kakod aro zoni - Kata2 awak membuat saya berang.
Ana musytaak ilaik - Saya rindukan kamu.
Ghariib - Pelik.
La tansanii - Jangan lupakan saya.
La taqlaqi - Jangan risaukan saya.
Sa ahki - Saya akan ceritakan.
Ijtahiduu fi duruusukum - Bersungguh-sungguhlah kamu dalam pelajaran.
Tanziimul auqoot mautluub fi hayaatina - Mengurus waktu itu dituntut dalam hidup kita.
Ghaflah - Lupa.
Baghtatan - Secara tiba-tiba.
Faroha - Gembira.
La baksa - Tidak mengapa.
Jazakallahukhairan kasiran - Semoga Allah membalas banyak kebaikan ke atas kamu.
Afwan - Sama-sama.


Insya-ALLAH - Dengan izin ALLAH.
Bismillah-Dengan nama ALLAH.
Tips menghafal perkataan2 B.Arab dengan baik.


Bawa catatan perkataan2 B.Arab berserta maksud ke mana2 saja anda pergi kecuali tandas. Gunakan masa yang terluang walaupun sikit untuk menghafal.
Pastikan anda menghafal sekurang-kurangnya 5-10 perkataan sehari. Ini bermakna anda mesti menghafal 35-70 perkataan seminggu, 150-300 sebulan dan 300-600 perkataan dalam 2 bulan!
Setelah menghafal, TASMIK hafalan anda dengan sesiapa.
ISTIQAMAH = KONSISTEN. Anda sabar dan anda berjaya.
Setelah menghafal, cuba tulis semula perkataan tersebut tanpa melihat nota perkataan2 anda itu. Semak semula perkataan yang ditulis dan pastikan ejaannya betul.
Jangan melakukan MAKSIAT! Maksiat menjadi hijab/penghalang untuk kita menghafal. Percayalah..
Mulakan hafalan dengan doa, selawat dan hadiah AlFatihah kepada junjungan besar sahabatnya serta sekalian muslimin.
Kecemerlangan Hari Esok Bermula Dengan Usaha Cemerlang Hari Ini !

p/s : kalau salah,tolong betulkan kerana saya juga sedang dalam mempelajari bahasa syurga ini.
Bahasa Arab,bahasa Syurga.

Bahasa Mandarin : Perkataan Yang Biasa Digunakan.

jom belajar bahasan mandarin



Ini adalah perkataan dalam bahasa mandarin yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian.

MOOD / KEADAAN dalam Bahasa Mandarin.
lei - letih 
hen lei - sangat letih
shen qi - marah
hen shen qi - sangat marah

LAMBAT / CEPAT dalam Bahasa Mandarin.
man - lambat
kuai - cepat
lai - mari
ni kuai kuai lai ! - awak cepat cepat mari !
ni man man lu - awak pelan pelan jalan
ni man man che - awak pelan pelan makan
ni kuai kuai cuo - awak cepat cepat buat 

TAHU / TIDAK TAHU dalam Bahasa Mandarin.
chi tao - tahu
bu chi tao - tidak tahu
wo chi tao - saya tahu
wo bu chi tao - saya tak tahu
ni bu chi tao ma ? - awak tak tahu ke ?
ni men chi tao ma ? - kamu semua tahu tak ?
wo men chi tao - kami semua tahu

BUAT / TIDAK BUAT dalam Bahasa Mandarin.
cuo - buat
mei you cuo - tak buat
gong ke - kerja rumah
ni cuo gong ke ma ? - awak buat kerja rumah tak ?
wo mei you cuo gong ke - saya tak buat kera rumah 


KAMI / KAMU dalam Bahasa Mandarin.
ni men - kamu
wo men - kami 

SEMUA ORANG dalam Bahasa Mandarin.
ciampu ren ting : semua orang dengar 
ciampu ren kan : semua orang tengok

TUNJUK ITU/INI dalam Bahasa Mandarin.
na ge - itu
ze ge - ini
na li - disana 
zher li - disini
qi - pergi
cho kai - pergi/kene halau
ni qi na bian - awak pergi sana
ni qi ho mian - awak pergi belakang 
ni qi shang mian - awak pergi atas
jiang - cakap
ni jiang shen ma ? : awak cakap apa ?

APAKAH BENDA INI dalam Bahasa Mandarin.
ze ge se shema ? - ini barang apa ya ?
na ge se shema ? - itu barang apa ya ?



PERGI MANA dalam Bahasa Mandarin.
ni qi na li ? : awak pergi mana ? 
wo qi KLCC - saya pergi KLCC


ARAH TUJU / ARAHAN dalam Bahasa Mandarin.
xia mian - bawah
shang mian - atas
ho mian - belakang
cian mian - depan

KATA GANTI NAMA DIRI dalam Bahasa Mandarin.
wo - saya
ni - awak
lau she - cikgu

TIDUR dalam Bahasa Mandarin.
shui jiao - tidur
jue jiao - bangun tidur

SAYA MAHU/NAK dalam Bahasa Mandarin.
wo yau - saya nak

KATA KERJA dalam Bahasa Mandarin.
tiao - lompat
pau - lari
lu - jalan
shui jiao - tidur 
zuo xia - duduk
qi lai - bangun
chi fan - makan
kuai - cepat
man - lambat
lei - letih

ta - pukul
kai - buka
kuan - tutup 
kuan men - tutup pintu
kai men - buka pintu
huai tan - nakal

TEMPAT dalam Bahasa Mandarin.
che suo - toilet
wan niao - siput
yi - ikan

BETUL/ SALAH/JANGAN dalam Bahasa Mandarin.
bu yau - bukan
bu ke yi - tak boleh
wan - main
ni bu ke yi wan ! - awak tak boleh main !
sui - air
ni bu ke yi wan sui ! - awak tak boleh main air !
ke yi - boleh
tui - betul
me you - takde
qi na li - pergi mana

BUANG AIR BESAR/KECIL dalam Bahasa Mandarin.
ta pien - berak
siau pien - kencing
ni yau siau pien ma ? - awak nak kencing ke ?
ni qi che suo - awak pergi bilik air 

UCAPAN SELAMAT dalam Bahasa Mandarin.
zao an - selamat pagi
xie xie - terima kasih
ni hao - apa kabar
hao le - baik
hen hao - sangat baik
mei guan ci - tidak mengapa
Zai jian - good bye

TAPI dalam Bahasa Mandarin.
dan shi - tapi
bu guo - tapi 

KEPUNYAAN SAYA dalam Bahasa Mandarin.
wo de - saya punya
ni de - awak punya

MAHAL / MURAH dalam Bahasa Mandarin.
tai gui le - sangat mahal
gui - mahal

BERAPA HARGA BARANG dalam Bahasa Mandarin.
duo shao cian ? - berapa harga barang ini ?



KATA MEMUJI/PUIAN dalam Bahasa Mandarin.
mei - cantik
pu mei - tak cantik
li hai - bagus/pandai
yau yeng - macho, handsome
ho keng - fantastic
peng you - kawan
ho keng ah - wahh hebat !

FAHAM / TIDAK FAHAM dalam Bahasa Mandarin.
ming bai - faham
wo pu ming bai - saya tak faham
hen rek - sangat panas
shang xin - sedih
kai xin - gembira
xi huan - suka
jin tian - hari ini


BARANG/THINGS dalam Bahasa Mandarin.
qian - duit
yi fu - baju
jian tau - gunting
se tau - batu
bu - kain
piao liang - gojes gila
sa - pasir
pu yau wan sa - jangan main pasir !


MAKAN / MAKANAN dalam Bahasa Mandarin.
pang xie - ketam
tang gao - kek
tang guo - gula/gula-gula
che - makan
che fan - makan nasi
mien - mee
ni che shen ma ? - awak makan apa ?
wo che mien - saya makan mee
mian pao - roti
wo che mian pa - saya makan roti
ni you me you che ? - awak sudah makan ke belum makan ?




TUISYEN/TUITION dalam Bahasa Mandarin.
bu xi - tuisyen
sang ke - kelas


ANGGOTA/ TUBUH BADAN dalam Bahasa Mandarin.
tou - kepale
tou fa - rambut
bi ze - hidung
cai - teka
mai - beli
ka fe - coffee
cha - tea
sang ke - kelas
pu yau na wo de bi ze !! - jangan sentuh hidung saya !




NOMBOR dalam bahasa mandarin.
satu ( 一 ) - yī
dua ( 二 ) - èr
tiga ( 三 ) - sān
empat ( 四 ) - sì
lima ( 五) - wǔ
enam ( 六 ) - liù
tujuh ( 七 ) - qī
lapan ( 八 ) - bā
sembilan ( 九 ) - jiǔ
sepuluh ( 十 ) - shí


Perbualan kalau nak beli barang dalam bahasa mandarin. Bagaimana nak tanya harga barang, dan minta kurangkan harga barang. 

Beli - Mai
Ringgit - Lin ji
Boleh - Ke yi
Tidak Boleh - Bu ke yi
Berapa harga barang ni ? - Doa shao qian ?
lima ringgit - Wǔ lín jì
Mahalnya ! - tai gui le !
kurang la sikit harga... - pian yi dian la ~
dua ringgit boleh ? - Èr lín jì keyi ma ?
tak boleh ! - bu ke yi !
baiklah, saya tak nak beli - hao de, wo bu yau mai.


sebagai tambahan bahasa china untuk pengetahuan anda semua 
wo shi huen ni= saya sgt suka awak
wo hen syiang ni= saya rindu awak sangat
ni sek fan liau ma?= awak dah mkn nasi?
wo hen lei ma..= saya sangat penat
tha men, an ching!= kamu semua, tolong senyap!
wo yau hui chia= saya mahu balik rumah
ni hen piyau liang, ni hen mei= awak sangat cantik
ni tha wo= dia pukul saya
wo pu che tau = saya tak tau
wo pu thin ta = saya tak dengar
cau an = selamat pagi
wan an = selamat malam
ni tze na lie? = awak nk gi mane?
ni chiang se me'? = awk cakap ape?

K-pop trendy Skrg




k-pop stly adalah trend zaman sekarang
aku juga k-pop gurl..but not terlalu ni sangat la..just biasa2 je..
tapi k-pop memang sweet cara dorang..aku suka..
bagi aku orang malaysia semua kasar..jarang la nak dapat yang sweet,
caring n lembut cam k-pop cam k-hunter...haha..
best lagu dia 'marry me'..
kalau ada yang pernah buat cam tuu..
aku salutt la kt korang sbb berani n sweet..
k-pop tetap dihati..huhu





Soal hati? siapa menjawabnya?





assalamualaikum, bismillah..

hari ni bercakap soal hati banyak maknanya dan positif, negatifnye..

manusia selalu bermain dengan hati kerana hati adalah raja dalam diri..

jadi untuk pengetahuan selebihnya

mari kita lihat kata ustaz


Di dalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruk juga seluruh tubuhnya.
Dalam kitab Salalatus Salikin karangan Imam Ghazali r.a menyentuh satu bab mengenai Nyawa, Jantung, dan Hati. Maka Imam Ghazali r.a membahagikan hati ini kepada dua bahagian iaitu jasadiah dan ruhiyah. Hati dalam bahasa arab dipanggil Qalb. Dan jika mengikuti pengajian bab ini kita akan mendapati kesilapan bahasa melayu dalam penggunaan hati dan jantung. Untuk mempelajari hati dan sifat-sifatnya perlu dipelajari serentak dengan perihal nyawa dan jantung supaya lebih mudah difahami dari segi perkaitan dan perbezaan antara ketiganya. Jesteru untuk berbahas secara lebih dalam perihal hati saya cadangkan untuk mendalami ilmu tasawuf ini dimana-mana pusat pengajian secara talaqi.

Ya, dalam diri manusia memang ada yang seketul daging kecil yang kompleks sifatnya yang dipanggil hati. Di dalam hati itu juga ada terdapat dipanggil hati kecil. Seorang anak muda yg selalu pergi ke surau, dalam masa yg sama dia terkenankan anak ketua kampung. Jadi niat hatinya ke surau adalah untuk beribadah kepada Allah, tapi jauh disudut hatinya (hati kecil) berkata dia ke surau kerana anak ketua kampung. Niat asalnya mungkin masih betul, tetapi niat sampingan itu adalah sebenar-benar niat. Maka perkiraan Allah itu lebih tepat, biarkan Allah menilai~Semoga Allah menjauhkan kita dari kekeliruan hati. amin.
- Ust Azhar, Masjid MARDI

Friday, 27 December 2013

patah hati..kenapa perlu berlaku?

Ibarat Bermimpi Mengapai Bintang



assalamualaikum..bismillahirahmanirahim..

patah hati..kenapa perlu berlaku?

setiap orang pasti akan patah hati, tidak kira lah yang selalu

bercinta, yang tak pernah bercinta seperti saya pasti akan

patah hati kerana suke dalam diam dan pendam..bila si dia

sudah berpunya pasti akan merasa patah hati..hmm

itulah dinamakan hidup..

sukarnya untuk mengatakan sesuatu yang berkait dengan hati ni..

semua orang pasti boleh menulis 'I LOVE YOU' tetapi sukar untuk melafaskannya,

sesetengah orang pula lebih baik pendam..

tapi sampai bila?

pendam itu menyakitkan bagi aku..sakit menahan sesuatu yang tak terucap

amat sukar..

haha...tapi lagi sukar kott jika kita disakitkan dengan kecurangan..

setiap orang ada pandangan sendiri dan berbeza setiap orang..

bagi aku biarlah aku sendiri kerana aku takut untuk menghadapi risiko..

KeHiDuPaN, CiNtA dan ImPiAn

HIDuP PENuH DuGAAN






hidup sememangnya tidak mudah untuk aku mendapatkan semua impian,

kerana setiap yang kita lalui pasti ada halangan di hadapan yang menanti..

biarlah aku sendiri mengira bintang dan mengikut aliran awan,

kerana hanya aku sendiri aku yang terlintas dibenak fikiran ku..

aku ingin terus pergi jauh, menjelajah bumi allah yang indah ini,

dan melihat keindahannya sendiri..




bukan mudah mengapai bintang di langit,

tinggi..tidak tergapai dek tangan..

aku tidak putus asa malah langsung tidak mahu mengalah dengan

nasib yang diatur kepada ku..




cinta..

hadir bagai hembusan angin yang menderu tetapi lembut

dan mendamaikan. ia tidak wujud di mata kasar..namun ia

boleh dirasai oleh naluri dan fitrah dalam diri manusia..

biar pun suara tidak menghuraikan, tetapi

mata dan hati bisa menghuraikan segalanya..




namun adakah pendam itu lebih baik baginya?

kerana dia mempunyai ego yang sangat tinggi,

pendirian yang tetap dan keras kepala..

apakah dengan cara begini dia boleh merasa tenang?

risiko untuk mencintai seseorang adalah amat tinggi,

namun aku hanya mampu memilih untuk lebih hidup sendiri

berbanding memberi hati kepada seseorang..

hati ini raja bagi diri manusia..

jika manusia gagal dalam mengawal hatinya

maka akan tidak tenteram lah dirinya..

hati hanya ada satu..

mata,telinga,tangan dan kaki ada dua..

jadi, jagalah hati yang satu itu dengan betul..

sekian - zira

emotinal quran