cinta kepada manusia hanya lah sementara cinta kepada allah kekal selamanya Aku belajar... Sabar seperti Asiyah... Setia seperti Khadijah... Ikhlas seperti Maryam... Tabah seperti Fatimah... Cerdas seperti Aishah... Suci seperti Maryam... Apa yang dapat ku sampaikan adalah renungan buat kita bersama
Ahlan Wa Sahlan
Saturday, 23 August 2014
Perancangan Allah itu Tepat
Assalamualaikum...bismillahirahmanirahim..
Allah dah dekat sebulan rupanya tak update..
Yela hidup di dunia yang penuh dengan kesibuk..
Tambah makin hari makin maju..
In sha allah hari ini tiada halangan untuk menjengguk sebentar blog saya..
Kadang-kala kita meranncang sesuatu tetapi jika halangan menimpa
kita tidak dapat lari darinya..
Itulah yang dinamakan ujian..
Kita hidup kat dunia ini penuh dengan dugaan dan cubaan..
Dugaan dan cubaan itu datangnya dari ujian allah..
Kerana apa? kerana
"inna lillahi wa inna ilaihi rajiun"
yang bermaksud
"Dari Allah kita datang, dan kepadanya jualah kita kembali"
Allahu akhbar..
Hidup di dunia ni adalah sementara allah pinjamkan kat kita
Bukan untuk selama-lamanya..
Dalam Al-quran, Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (155-156)
Allah itu sebaik-baik perancang..
sememangnya kita yang merancang tetapi rancangan Allah itulah yang paling tepat
jadi, janganlah merunggut dan mengeluh kerana dunia ini bukan milik kita sepenuhnya..
"Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin"
maksudnya,
"Kita merancang, dan ALLAH juga merancang , Allahlah sebaik-baik perancang."
Hidup ini sentiasa mencari-cari,
semoga kita bertemu dengan pencarian itu..
In sha allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)