love



Ahlan Wa Sahlan

Thursday, 31 January 2013

Muhasabah dalam Istiqomah

Hari-hariku
Istiqomah dalam mengharungi hari-hari penuh berliku,
Sabar dan tabah aku terapkan dalam peluang hidupku,
Aku tetap berdiri dan cuba untuk menjadi tiang yang kukuh.
Diri in bukanlah yang sempurna tetapi ingin cuba menjadi sempurna,
Mencari keredhaan Ilahi melalui tasbih cinta suci,
Walau ilmu tidak setinggi para nabi,
Aku akan terus mencari agar tidak tandus aku dalam kegelapan diri,
Usaha sudah kulakukan, Tinggal tawakal dan berserah Ilahi,
Hidupku, Matiku, Ajal mautku, Jodohku, Masa depanku hanya pada-Mu,
Ya Allah..


Tuesday, 29 January 2013

Kisah Pemergian Seorang Mujahidah Solehah

Detik-detik Pemergian Mujahidah Solehah Siti Hajar Ahmad Sabir

Siapakah Siti Hajar? Adakah dia sepupu atau sedara atau rakan saya? 
Siti Hajar adalah mujahidah solehah yang sentiasa menkaitkan Allah dalam setiap perkataannya dan setiap garis hidupnya. Siti Hajar bukanlah sesiapa bagi saya, tetapi dia adalah contoh mujahidah solehah yang telah pun menemui husnul khatimah pada 8 rabi ul awal (2013). Dia juga meninggalkan Dakwah terakhirnya yang menyentuh hati pada pembaca. al fatihah..




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah swt.
Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (al-fatihah).

Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini.

Selamat membaca.

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan. Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je. Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum. Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar.

Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad) Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata

“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”

Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong. 

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang. 

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu. 

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah. 

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak” 

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan. 

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong. Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis) Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya. 

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui. 

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. 

“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? 

Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :  
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata "mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” "Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU orkid. 

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi. 

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah. Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik. 

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tebukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tebukan dilakukan di perut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk. 

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar. 

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? JawapannyaTIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi. 

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir 

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin. 

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya. 

SITI HAJAR
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Tergenang air mata baca kisah ni, sedih.. inilah dia kematian para mukminin yang mungkin mendapat syahid kecil. Kematian itu pasti, dan bagaimanakah cara kematian kita nanti.. Masha-Allah :( Semoga peroleh sesuatu daripada kisah ini..


sumber:
http://onenewshub.blogspot.com/2013/01/kisah-sedih-pemergian-siti-hajar-binti.html

ADAKAH ANTUNNA MUSLIMAH BERPURDAH SEJATI?


ADAMuslimah Berpurdah Sejati?



Akhirnya ana menemui satu artikel yang sangat bagus untuk dijadikan sebagai peringatan dan pengajaran terutama sahabiah-sahabiah yang berpurdah. Pada pandangan ana secara peribadi, tidak perlulah seorang muslimah memaparkan dan menonjolkan wajah mereka di hadapan lelaki ajnabi terutama di alam maya seperti facebook, blog dan sebagainya. Ini kerana boleh menimbulkan penyakit hati dalam kalangan muslimin. Moga perkongsian entri kali ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para sahabat yang sudi membaca.

"dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang2 jahiliyah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulNya. sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara2 yang mencemarkan diri kamu wahai "ahlulbait" dan hendaklah membersihkan kamu sebersih bersihnya (dari segala perkara yang keji)"

-surah al-ahzab:33



sebetulnya sebelum ini penulis kanvas blog ni mempunyai akaun laman sosial facebook seperti kebanyakan remaja yang len.. tapi kerana masalah tertentu akaun facebook yang mempunyai lebih seribu orang sahabat itu telahpun deactivekan... bercakap tentang sahabat di laman sosial yang berjumlah lebih daripada seribu orang itu,mejoritinya adalah muslimah dan yang dominan di antara muslimah itu adalah niqabi nisa'(gadis berpurdah)...

ana bukan nak cari kesalahan kalian sebenarnya tapi ana berkongsi mengikut pengalaman dan mengikut luahan hati niqabi nisa' yang betol2 menjaga syariatnya..
sewaktu ana masih mempunyai laman sosial itu,pada awalnya ana mengupload gambar ana sbg profile, kerana gambar y di upload sebagai pic profile adalah mempamerkan 'kesolehan' diri,ramai yang add na sebagai friends tanpa perlu ana mengadd mereka...
semakin berjalan waktu,semakin dapat ana perhatikan yang mejoriti yang cuba menjadi sahabat ana di fb adalah golongan muslimin.. yang kebanyakannya sedang menuntut di mesir,jordan dan negara2 para nabi yang len... di samping itu jugak dari pondok2 dan pelajar aliran dari aliran agama dan juga tahfiz...

kerana gambar yang terpamer adalah gambar yng menampakkan 'kesolehan' diri, sampai ada yag berani melamar ana di dalam laman sosial fb nie dan ada yang sampai terlalu obses.. semakin lama ana semakin sedar bahawa memasukkan gambar ke dalam fb adalah satu tindakan yang kurang bijak dan itu seolah2 sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang niqabi...
kerana peristwa demi peristiwa itu,ana menjadi khilaf dan mengambil tindakn untuk memprivtekan semua album dan jugak memadamkan gambar agar tiada yang mampu melihatnya lagi...

selepas itu ana merujuk kepada ustaz ana... dan ustaz kata ana telah berbuat sesuatu yang salah apabila memasukkan gambbar ke dalam akaun sosial macam tu kerana ia akan mempengaruhi diri ana sebagai seorang yang hafaz...
boleh jadi ana boleh terjebak didalam perkara maksiat seperti zina hati dan mata.. apabila ajnabi melihat gambar itu,walaupun gambar tu tertutup rapi dengan aurat yang terjaga,muslimin yang berkeinginan untuk memperisterikan seorang niqabi boleh jadi akan merenung gambar itu kerana perasa hati yang mula teruji dek kerana sekeping gambar...

justeru itu,selepas ana memadam semua gambar ana di dalam laman itu,Allah tunjukkan kepada ana bagaimana rasa kecewanya apabila niqabi nisa' dengan sesuka hatinya memasukkan gambar ke dalam laman sosial tanpa di privatekan gambar itu.. malah sampai ada muslimin2 yang puji melambung tinggi...

sedar ataupun tidak,apbila ada muslimin yang memuji muji keadaan niqabi itu dengan menyatakan

"anti nampak solehah"
"ana menginginkan zaujah seperti ni"
"sejuknya mata memandang"
"tenangnya melihat kamu"

dalam sedar mahupun x,hati niqabi yang mendapat kata2 nie dari seowg muslimin akan menlonjat lonjat gembira kerana diri telah berjaya menarik perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong dalam kalangan 'soleh'...
oleh itu,mereka akan semakin rancak untuk meng'upload'kan gambar2 mereka semata mata ingin mendapatkan lagi kata2 seperti itu...

malah apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur silapnya muslimah itu,pada awalnya niqabi yang ditegur seolah olah mampu menerima teguran itu tapi pada hakikatnya hatinya langsung x terusik walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan "martabat anti menjadi rendah apabila mempamerkan dengan sengaja"...

itulah hakikat kehidupan sekarang.. ramai yang mula tergerak untuk berniqab tapi sedarkah mereka apa tujuan niqab yang sebenar...????
berniqab sekarang nie bagaikan menjadi satu trend dan ikutan bukan dipakai kerana ingin mngelak daripada di pandang ajnabi...

adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah...???
adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh..????
adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang bek di kaca mata manusia..???

seandainya kalian menjawab ya untuk semua soalan di atas,sebaiknya kalian jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana kesannya akan menimpa sama mereka yang berniqab kerana Allah S.W.T..

tindakan kalian akan membuatkan pandangan negative masyarakat kepada golongan yang berniqab..

"dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri2 nabi,maka minta di sebalik tabir"
-Al ahzab-

firman diatas merujuk kepada para sahabat... perkataan 'isteri2' nabi merujuk kepada semua wanita yang ada.. ingatlah wahai muslimah sekalian,kalian x sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia dilakukan dengan sengaja semua itu akan jatuh hukuum HARAM...

inginkan kalian seandainya ada adam yang tewas kerana kalian..????
inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat..????

pastinya xnak bukan..???
seandainya xnak,kenapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya..???

fikir2kanlah jauh kehadapan duhai niqabi sekalian...
apabila kalian tersedar dari mimpi ini,kalian akan terasa sangat menyesali tindakan kalian ini...

duhai niqabi sekalian,
ana ingin berkongsi pendapat seorang ustaz ana yang sangat soleh orangnya...
Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya...
ana berbincang panjang dengannya tentang niqabi nisa' sekarang dan bagaikan berteka teki beliau tanya kembali kepada ana..

"antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi,yang mana anti nak beli..???"

xberfikir panjang,pastinya ana menjawab permata yang tersembunyi...
bila ana menjawab sedemikian ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya...
lantas dye menjawab

"seandainya itu jawapan anti,begitu jugaklah jawpan kami"

ana bagaikan terpinga pinga.. xmampu menangkap mksd bicara ustaz ana masa tu...
bila dahi ana kelihatan berkerut2,us dan zaujahnya mampu  meneka yang ana masih x mampu memahami lantas us terus bersuara

"permata yag terdedah sering dilihat owg manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat owg.. maknenya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer... justeru itu permata yang terdedah dengan pemata yang tersembunyi boleh dikaitkan dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja dan yang sangat menyembunyikan dirinya..
niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja seperti didalam laman sosial itu dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang betul2 menjaga imannya menganggap nisa' itu tidak begitu bernilai walaupun berniqab sebaliknya walaupun mempunyai akaun sendiri namun dirinya x pernah dibiarkan terpamer di dunia realiti apatah lagi di dunia maya,itulah permata dan nisa' yang sangat tinggi nilaiannya... mungkin ya akan ada yang menyatakan mereka 'solehah' tapi sbagai seorang muslimin,ana tahu bagaimana hati muslimin tu berbicara..percayalah,lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana kelak nisa' yang tersembunyi itulah yang menjadi idaman semua muslimin daripada yang terpamer.. mana ada muslimin yang inginkan seorang zaujah yang suka menonjolkan diri kerna bagi setiap muslimin seandainya zaujahnya terlalu menonjol,kelak hati mereka sendiri akan sengsara kerna si jantung hati mempunyai ramai peminat...  dan ingatla, seandainya berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan kesannya,mereka itu bukanla golongan muslimah sebaliknya perempuan.. fahamila perempuan dan muslimah adalah dua kelompok nisa' yang berbeza... kalau x berniqab dan x berjilbab labuh tapi dye jaga apa yang telah islam tetapkan,nisa' itu tergolong dalam kelompok muslimah tapi seandainya berniqab,berjilbab labuh semuanya jaga kecuali suka mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya,nisa; itu sudah pun tergolong dalam kalangan perempuan sahaja bukan muslimah yang dinyatakan..."

apabila us selesai berbicara,hati ana bagaikan di sentak.. bagaikan ada manik2 jernih mula menakung di persisiran 'pantai'..
YA ALLAH... begitu rupanya.. terasa sangat insaf dan begitu khilaf...
Allah telah menyedarkan ana sebelum ana hanyut diulik bisikan syaitan yang terus membisik dan meracuni anak cucu cicit adam dan hawa...

dengarilah duhai anak2 solehah....
muhasabahkanla kembali apa tujuan kalian berniqab...
sedih ana melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja..
gelisah ana pabila ada muslimin yang memberi bicara....

dengarilah wahai mujahidah..
tiada guna diri terpamer cantik dihadapan masyarakat tapi x cantik di hadapan Allah...
pandangan manusia sekadar di dunia tetapi pandangan Allah membawa kesyurga.. renung2ilah...

akhir qalam dari ana sebagai seorang hamba Allah yang dhoif, maafkan ana seandainya bicara ini mengguris hati.. maafkan ana seandainya bicara ini terlalu lancang.... tujuan ana hanya ingin kalian berfikir panjang... kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi kerana mempamerkan dengan sengaja.. kalian seorang gadis,sepatutnya ia di jaga rapi bukan di dedah sesuka hati... seandainya kalian seorang zaujah,ana xkisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauj kalian.. dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz ana.. mahukah kalian tergolong didalam kalangan berniqab tapi bukan muslimah..???
 renung2kanlah...


sumber:
http://atikahhumairah.blogspot.com/2011/06/adakah-antunna-muslimah-berpurdah.html

Friday, 4 January 2013

Sembilan untuk mu, Satu buat ku


Sembilan untuk mu, Satu buat ku
Wahai dikau pemilik persona yang mendamaikan,
Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku
Aku tahu kamar hatimu terbuncang tulus kasih yang tak berbelah bahagi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Aku tahu raudhahmu sarat kuntuman cinta yang harum mewangi,
Aku tahu kerana aku juga begitu.
Padamu selalu aku bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.
Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya.
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.
Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat
Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan
Bukan ini diskriminasi ilahi
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia
Yang mohon dituntun penuh waspada
Barang kau ingat wahai puteri
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu 


Kutahu juga sembilan nafsumu bertakhta
Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa
Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga
Aku tidak mahu kasarnya sentuhan,
mencalarkan kacamu yang kerapuhan,
Kubimbang jika aku bukanlah jodohmu,
kelak kau tersisa tidak bermutu
Kupohon kau jagalah peribadimu,
jangan terlalu mudah memberi sebelumnya waktu
Biar sombong dikata duniawi, asalkan jadi cemburuan bidadari syurgawi
Bukan aku tidak kasih padamu, bukan juga aku tak kisah padamu
Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu
Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu.
Aku bukanlah Ustaz Wan Aqasha, dan kau juga bukan Ustazah Siti Norba'yah
Tapi kuharap cinta kita semanis kurma, dan mahligai terbina penuh ceria
Kuharap dikau bukan pilihan yang salah,
Sebelum jodoh datang menjengah
Bersamalah menimba ilmu yang payah,
Agar saat istana bergoyah,
Bahtera kita masih berarah.
Ketika restu dan izin-Nya mencurah,
Akan kupinangmu dengan Bismillah.
dari pencari tulang rusuk ku (lelaki)

Wednesday, 2 January 2013

Ya Allah, Jika Aku Jatuh Cinta


JIKA AKU JATUH CINTA



Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakan kau pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah
kekuatanku menyintaiMu.


Ya Muhaimin jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu, agar tidak terjatuh aku
pada jurang cinta nafsu..


Ya Rabbana jika aku jatuh
hati, jagalah hatiku
padanya, agar tidak
berpaling daripada
hatiMu.


Ya Rabbul Izzati jika aku
rindu, rindukanlah aku
seseorang yang
merindui syahid di
jalanMu.


Ya Allah jika kau menikmati
cinta kekasihMu, janganlah
kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu.


Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihMu, jangan biarkan
aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadamu

Ya Allah jika kau halalkan aku
merindui kekasihMu, jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya
kepadamu.

Amin ya rabbal'alamin.


lirik from youtube..
http://www.youtube.com/results?search_query=jika+aku+jatuh+cinta+ya+allah&oq=jika+aku+jatuh+&gs_l=youtube.1.2.0l10.1408.7506.0.9197.13.7.1.5.5.0.342.1464.1j2j2j2.7.0...0.0...1ac.1.qTgqqle4Mb8
sungguh menyayat hati..


Doa Rindu ku pada Sang Mujahid

Doa Rindu Pada Mujahid

Ya Allah..
Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…


Ya Rabb..
Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH….

Ya Rabb…
Tuntunlah Hati hambamu ini  agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku.




Ya Rabb,,,
Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah dan warrahmah.

Tapi kalau bukan dia yang terbaik, Maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekaguman ku sama seperti orang lain kagum padanya, Engkaulah Maha Mengetahui. Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu..

Aamiin ya Rabbal’ alamiin






sumber:
http://www.silampuneon.com/2011/12/doa-cari-jodoh.html

Bila Jodoh tak Kunjung Datang


BILA JODOH TAK KUNJUNG DATANG

"Oh ibu. Usia mengejarku..semakin hari usiaku semakin lanjut. Mengapa belum datang barang seorang pun pemuda malamar ku? Apakah aku akan menjadi Andalusia* seumur hidupku?" Begitulah kira-kiranya, keluhan seorang wanita Mekah dari Bani Ma’zhum yang kaya raya bernama Rithah al-Hamqa. 

Luluh dan sedih hati sang ibu, mendengar rintihan anak kesayangan. Maka sang ibu pun sibuklah ke sana ke mari, berusaha berbagai cara untuk mencarikan jodoh buat anakanda tercinta.  Ramailah Bomoh bin Pawang yang ditemuinya,  tah berapa tempayan air bunga telah di mandikannya dan banyak sungguh wang yang di belanjakan dalam usaha mencarikan jodoh buat si anak.  Namun, segala usaha sang ibu masih belum menampakkan apa-apa hasil. Ternyata semua janji-janji manis yang di taburkan oleh para Bomoh bin Pawang itu hanyalah kebohongan semata-mata. Masa terus berlalu. Setelah sekian lama menunggu tak seorang pemuda pun datang melamar.  

Maka bertambah sedihlah Rithah.  Semakin hari semakin merana.  Setiap hari bermuram durja,  makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena menanti jodoh yang tak kunjung tiba. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba.. pada suatu hari, ibu saudaranya yang berasal dari luar negara daerah lain datang,  memperkenalkan Rithah dengan seorang pemuda bujang trang tang tang belia, yang kacak lagi bergaya untuk dijodohkan dengannya.  Sukanya Rithah bukan kepalang, penantian jodohnya berakhir juga.  Maka menikahlah Rithah yang telah berusia dengan pemuda belia tersebut.  

Tapi sayang seribu kali sayang, pemuda kacak lagi bergaya itu, mempunyai niat yang tak baik (aku dah agak dah).  Pernikahannya dengan wanita Bani Ma'zhum yang berusia itu ternyata ada udang di sebalik mee batu. Rupa-rupanya pemuda tersebut hanya bercita-cita untuk mendapatkan harta kekayaan Rithah.  Setelah berjaya memperolehinya, pemuda itu pun pergi meninggalkan Rithah terkontang kanting seorang diri.  Malang sungguh nasib Rithah. Menanggis tak berlagu lah Rithah, sedih tak terperi, mengenang akan nasib diri.  Hilang suami, hilang harta.  Hidup sepi tak lagi bermakna.  

Melayani kesedihan dan kemurungannya, Rithah membeli beratus-ratus gulung benang untuk dipintal (ditenun) dan setelah jadi hasil tenunannya, dia menguraikannya semula menjadi benang. Kemudian di tenun lagi dan di uraikan lagi, berulang-ulang kali, dan lagi dan lagi.  Begitulah seterusnya dia menjalani sisa-sisa hidup.

Al Qur’an mengabadikan kisah gadis Bani Ma’zhum ini dalam surat An-Nahl:92: “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya, yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi bercerai-berai kembali…” Yang dimaksud di dalam Qur’an tentang ‘wanita pengurai benang yang telah dipintal’ itu tidak lain tidak bukan adalah Rithah Al-Hamqa. Dalam ayat tersebut, Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. 

Banyak ibrah yang dapat kita petik dari sepenggal kisah gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum tersebut. Kisah Rithah mengajarkan kita, bahwa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari walaupun pada waktu kita belum menginginkannya dan begitu juga sebaliknya. Jodoh tidak dapat dikejar walaupun ketika itu, kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasulullah telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.  Kerana Allah telah menentukan jodoh kita, maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang.


 Sedih masih hidup sendiri? Bersabarlah. Allah bersama mu.

Episod Rithah juga mengajarkan kita untuk  berikhtiar dan berusaha dalam menanti kehadiran jodoh. Berbagai usaha boleh dilakukan asal tidak melanggar syariat dan hukum Allah. Kalau ibu Rithah berjumpa dengan berbagai Bomoh bin Pawang agar anaknya bertemu jodoh, tapi bagi kita, tentu lah meminta itu hanya kepada Allah Maha Pengabul Doa. Allah telah berfirman: “Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada-Ku…” (2:186)

Dengan ayat tersebut, Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya kepada kita, bahwa setiap doa yang disampaikan kepada Nya pasti akan dikabulkanAllah tidak mungkin memungkiri janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasululullah bersabda tentang masalah doa, “Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-Nya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa.”

lbrah seterusnya yang dapat kita petik ialah, memupuk sifat sabar dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah pun sampai date line semakin senja. Firman Allah dalam Surahal-Baqarah:45, “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, yaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya.”

Sabar dan solat akan menjadikan kita 'kebal' dari desakan orangsekeliling yang kurang memahami dan membentengi diri kita dari godaan syaitan yang sentiasa berharap agar kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini sering ditanggung oleh ramai wanita yang sudah layak menikah namun belum ada lagi lelaki yang baik dan soleh datang meminang. Ini merupakan ujian yang sesuai dengan ketetapan Allah. 


 Menjaga kemurniaan niat untuk menikah.

Di samping itu, kita juga harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah. Jangan kerana usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekeliling menjadikan kita terburu-buru menikah dengan sesiapa sahaja yang masuk meminang.  ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islam yang sakinah mawaddah wa rahmah (samara) yang kita harapkan. Ini kerana kekukuhan rumahtangga kita adalah seiring dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat dia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya.

Kisah gadis Bani Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman setelahnya, bahawa jodoh merupakan amanah AllahAmanah hanya akan diberikan kepada seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan di pertanggungjawabkanKetika kita belum dikurniakan amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa berbaik sangka (husnudzon) kepada Nya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. “Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)

Terakhir, kisah Rithah memberikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat dia ‘gila sasau’. Bagi kita, tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’la pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah). (QS. 2:165).  Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah, Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.
Wallahua’lam bissawab.

Petikan dari Learn Something by Tomy dan diolah mengikut perisa AteNoMoto.

Note: ANDALUSIA (Meminjam istilah Magika: Anak dara lanjut usia) 

emotinal quran